Kursus TVET

SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN

G452-002-3:2018,G452-002-2:2018;Sijil kemahiran Malaysia SKM tahap 2 & tahap 3. Bidang Automotif

ECO AUTOTRONICS ACADEMY , MELAKA

Pengenalan Kursus

Program ini memberikan pendedahan kepada pelatih mengenai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang Juruteknik Automotif Kenderaan Ringan. Melalui program ini, pelatih akan mempelajari komponen kenderaan ringan, mengenal pasti kerosakan serta melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penggantian alat ganti..
Kursus ini juga melibatkan latihan pratikal, membolehkan pelatih mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam situasi dunia luar yang nyata. Melalui latihan industri, pelatih mendapat pengalaman praktikal yang dapat meningkatkan kebolehan mereka untuk mengenal pasti dan menangani masalah dengan berkesan..
Pelatih akan dilengkapi dengan kemahiran untuk mendiagnos dan menyelesaikan masalah dalam kenderaan ringan. Pelatih akan mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk menyumbang kepada operasi yang lancar dan penyelenggaraan kenderaan, memastikan prestasi optimum dan kepuasan pelanggan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Lulusan program ini berpeluang membina kerjaya di pusat servis serta bengkel automotif.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Minimum kelayakan pendidikan ialah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
03
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ECO AUTOTRONICS ACADEMY
Alamat
No. 2 & 4, Jalan IAN 5,
Taman Industri Angkasa Nuri,
Durian Tunggal,
76100 Melaka.
Negeri
MELAKA
Penyelaras
CHONG CHEE HIONG
Telefon
06-3347733
Emel
info@ecoautotronics.edu.my
Laman Web
https://ecoautotronics.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pembayaran pengajian disediakan melalui pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang merangkumi yuran latihan serta elaun bulanan sara hidup. Pinjaman tersebut diuruskan oleh pihak Institusi.
Elaun sara hidup yang diberikan oleh PTPK adalah diantara RM400 hingga RM800 bergantung kursus yang diikuti.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;