PEMBANTU DIALISIS
MP-050-1;PEMBANTU DIALISIS
Pengenalan Kursus
Program Pembantu Dialisis Tahap 1 memberi pendedahan asas kepada pelajar mengenai konsep penjagaan pesakit buah pinggang dan rawatan dialisis. Pelajar diperkenalkan kepada asas anatomi dan fisiologi sistem perkumuhan, fungsi buah pinggang, serta prinsip utama rawatan hemodialisis. Selain itu, pelajar didedahkan kepada prosedur keselamatan, kebersihan, dan etika kerja di unit dialisis.
Objektif Pembelajaran
Setelah menamatkan Tahap 1, pelajar akan dapat:
1. Memahami struktur dan fungsi asas sistem renal.
2. Menjelaskan konsep asas hemodialisis dan peranan pembantu dialisis.
3. Mengamalkan keselamatan, kebersihan dan kawalan jangkitan di tempat kerja.
4. Menunjukkan kemahiran asas komunikasi dan kerja berpasukan.
5. Melaksanakan tugas asas seperti penyediaan peralatan dan bantuan kepada pesakit di bawah pengawasan.
6. Membentuk sikap profesional, berdisiplin dan beretika dalam persekitaran kerja klinikal.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
UMUR
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30
WARGANEGARA MALAYSIA
STATUS PERKAHWINAN
PENDIDIKAN
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
UMUM
2. Sihat Tubuh Badan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.