Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Sijil Kemahiran Malaysia Pentadbiran Pejabat ( Office Administration ) Tahap 3 ini direka khas untuk
Melengkapkan pelajar/pelatih dengan pengetahuan teori serta kemahiran praktikal dalam bidang pengurusan dan operasi pejabat.

Sepanjang program ini, pelajar/pelatih akan didedahkan kepada pelbagai tugasan penting seperti ;
1) Penyediaan dokumen rasmi.
2) Pengurusan fail dan jadual mesyuarat.
3) Penggunaan peralatan pejabat.
4) Asas perkhidmatan pelanggan dan komunikasi profesional di tempat kerja.

Di samping itu, program ini membuka laluan kepada pelajar untuk menceburi bidang pekerjaan profesional dalam sektor awam dan swasta,
atau meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Ia merupakan peluang terbaik bagi individu yang bercita-cita untuk membina kerjaya
dalam bidang pentadbiran dan pengurusan pejabat. Bukan sekadar membekalkan ilmu dan kemahiran teknikal,

Program ini juga memberi penekanan kepada latihan amali bagi memastikan pelajar benar-benar bersedia
Menghadapi dunia pekerjaan sebenar dengan yakin dan berdaya saing.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon / Calon hendaklah berstatus SAH
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Permohon / Calon hendaklah mencapai

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Kelayakan Minima Pemohon / Calon adalah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Pemohon / Calon juga perlu :
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Tempoh Pengajian
17 Bulan
Prospek Kerjaya
1.Pegawai / Pembantu Front Office
2.Pembantu Akaun / Kerani
3.Pegawai / Pembantu Perolehan Pejabat
4.Kerani Am Pejabat / Pembantu Tadbir
5.Setiausaha Pentadbiran / Setiausaha Eksekutif
6.Esekutif / Pembantu Jualan / Pemasaran

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MAHSA COLLEGE
Alamat
LOT C-100B, LOWER GROUND FLOOR, 1 BORNEO HYPERMALL, JALAN SULAMAN, KOTA KINABALU
Negeri
SABAH
Penyelaras
NELSON CHEN FAH ONN
Telefon
088 488 819
Emel
hellomcs@mahsa.edu.my
Laman Web
https://mahsasabah.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
MAHSA College Sabah merupakan sebuah pusat latihan kemahiran yang komited dalam melahirkan tenaga kerja mahir dan berdaya saing melalui pendekatan pembelajaran yang berfokus kepada latihan praktikal, pembangunan sahsiah serta keperluan industri semasa. Dengan kemudahan pembelajaran yang kondusif dan tenaga pengajar yang berpengalaman, pelatih bukan sahaja memperoleh kemahiran teknikal, malah turut didedahkan kepada kemahiran insaniah yang penting untuk kerjaya masa hadapan.

Sebagai institusi yang menawarkan laluan pendidikan dan kemahiran secara bersepadu, MAHSA College Sabah memberi peluang kepada pelatih untuk meningkatkan kelayakan akademik dan profesional mereka melalui program-program yang diiktiraf. Selain itu, institusi ini turut menyediakan pelbagai pilihan bantuan pembiayaan pendidikan bagi memastikan lebih ramai masyarakat dapat mengakses latihan kemahiran berkualiti tanpa beban kewangan yang tinggi.
;