Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI PERCETAKAN (DKM TAHAP 4)

DRPR34

ADTEC JTM KAMPUS NIBONG TEBAL (ILP NIBONG TEBAL) , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Kursus Printing Operation Management Tahap 4 bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir yang berkeupayaan melaksanakan pengurusan operasi dalam industri percetakan dengan cekap dan sistematik. Pelatih akan didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam mengawal proses pengeluaran percetakan, mengurus bahan, menyelenggara dan mengurus peralatan, mengawal kos serta melaksanakan pengurusan risiko di tempat kerja.

Program ini menekankan kemahiran teknikal dan kemahiran pengurusan bagi memastikan kualiti hasil cetakan, keberkesanan pengeluaran serta pematuhan kepada prosedur keselamatan dan piawaian industri. Lulusan kursus ini berpotensi untuk menjawat jawatan seperti Printing Supervisor, Production Coordinator, atau Printing Operation Executive dalam sektor percetakan profesional.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Lulusan Printing Operation Management Tahap 4 berpeluang menceburi pelbagai bidang pekerjaan dalam industri percetakan komersial, penerbitan, dan pengeluaran bahan bercetak. Antara jawatan yang boleh diceburi ialah: Printing Operation Executive, Printing Supervisor , Production Coordinator, Printing Quality Controller , Printing Process Technician, Printing Maintenance Coordinator, Printing Materials Planner, Cost Control Assistant (Printing) dan Risk and Safety Supervisor (Printing Department). Graduan juga berpotensi melanjutkan kemahiran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang pengurusan pengeluaran, jaminan kualiti, atau penyelenggaraan industri percetakan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Berumur 17 hingga 35 tahun
Syarat Wajib
Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amali
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang tersebut
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang tersebut

Pengeluaran Litografi Ofset [PR-023-3:2012] Atau

Rekaan Grafik [PR-024-3:2012] Atau

Penyelia Pra-Cetak [PR-010-3] Atau

Penyeliaan & Pengeluaran Percetakan Digital [PR-020-3:2014]

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS NIBONG TEBAL (ILP NIBONG TEBAL)
Alamat
JALAN BUKIT PANCHOR,
14300 NIBONG TEBAL,
SEBERANG PERAI SELATAN
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
FAIRUZ SYATILLA BINTI ROZAINI
Telefon
04-5956000/ 6019/ 6015/ 6046
Emel
fsyatilla@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpapnt.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;