PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI
C259-008-3:2022;Proses Kimpalan Arka Logam Berperisai
Pengenalan Kursus
Program ini melahirkan individu mahir dalam kerja kimpalan menggunakan teknik Shielded Metal Arc Welding (SMAW). Peserta akan mempelajari kemahiran teknikal seperti pemilihan mesin dan elektrod, pembacaan lukisan teknikal serta simbol kimpalan, pelaksanaan kimpalan dalam pelbagai posisi, rawatan haba, dan pemeriksaan sambungan menggunakan kaedah bukan musnah seperti Dye Penetrant dan Magnetic Particle. Penekanan juga diberikan kepada aspek keselamatan di tempat kerja, termasuk penggunaan alat pelindung diri dan prosedur kerja selamat. Penilaian merangkumi ujian teori, latihan praktikal, pemeriksaan visual, dan penyediaan laporan teknikal mengikut piawaian industri.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Akademik
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Kewarganegaraan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Pembiayaan Elaun Sara Hidup adalah sebanyak RM600/bulan dari PTPK.
Penginapan secara dorm disediakan oleh pihak VETA dengan kadar bayaran sebanyak RM100/bulan.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.