Kursus TVET

PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA

F432-005-3:2019,F432-005-2:2019;Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa

SMART INTERNATIONAL COLLEGE , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Program F432-005-3:2019 Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa merupakan latihan kemahiran yang dirangka untuk melahirkan juruteknik elektrik berkemahiran tinggi dalam kerja-kerja pemasangan, penyelenggaraan serta pengujian sistem elektrik tiga fasa. Program ini ditawarkan secara single-tier, merangkumi keseluruhan kemahiran di peringkat tiga fasa tanpa perlu mengikuti laluan bertingkat. NOSS Tahap 2 bagi laluan satu fasa iaitu F432-005-2:2019 Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa dijadikan rujukan asas bagi memastikan peserta menguasai pengetahuan teras sebelum mempraktikkan kerja pada sistem tiga fasa dengan lebih kompleks, selamat dan mengikut piawaian industri.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program ini berpeluang menceburi pelbagai bidang dalam industri elektrik dan penyelenggaraan, antaranya: Juruteknik Elektrik Tiga Fasa di sektor komersial, industri dan bangunan bertingkat Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Technician) Wireman / Electrician mengikut kelayakan dan pendaftaran Suruhanjaya Tenaga Juruteknik Sistem Pengagihan Kuasa (Power Distribution Technician) Juruteknik Loji & Kilang (operasi, pemasangan dan penyelenggaraan mesin tiga fasa) Juruteknik Kawalan Motor & Automasi Asas Pembantu Jurutera Elektrik Kontraktor elektrik (selepas memenuhi syarat pendaftaran dan pengalaman industri) Usahawan servis elektrik – pemasangan, pemeriksaan dan penyelenggaraan peralatan tiga fasa

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Syarat WARGANEGARA :
Syarat Wajib
Pemohon mestilah melepasi syarat warganegara :
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Syarat UMUR :
Syarat Wajib
Pemohon mestilah melepasi syarat umur :

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat PENDIDIKAN/AKADEMIK :
Syarat Wajib
Pemohon mestilah melepasi syarat pendidikan :

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
SMART INTERNATIONAL COLLEGE
Alamat
NO. 25-3 & NO. 43B, JALAN NOVA N,
U5/N SUBANG BESTARI,
SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR.

PREMIS TAMBAHAN:
NO. 6-2 & NO. 20-3, JALAN NOVA N,
U5/N SUBANG BESTARI,
SEKSYEN U5, 40150 SHAH ALAM
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NOOR HASYIKIN BINTI PISON
Telefon
0378314037
Emel
smartbizzsb@gmail.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Sila sahkan penerimaan tawaran dalam tempoh 14 hari dari surat tawaran. Tawaran dianggap terbatal jika tiada pengesahan dalam tempoh ditetapkan.

PEMBIAYAAN DARI PTPK DISEDIAKAN (mengikut agihan dana tahunan)

Pendaftaran : RM1,500 (RM500 deposit)
Elaun Bulanan : RM800/bln

1. Pelatih berpeluang untuk mempelajari kemahiran Pendawaian Elektrik Solar.
2. Penginapan disediakan bagi yang memerlukan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;