Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK (DKM TAHAP 4)

DEEI34

ADTEC JTM KAMPUS BATU PAHAT (ADTEC BATU PAHAT) , JOHOR

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Elektronik dibangunkan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Disamping itu, pelajar juga akan dilatih untuk membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik, membuat pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar, merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB), mengunakan PLC, sensor dan sistem hidraulik & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi kompleks, membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller, menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek/grafik dan menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekomunikasi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program Diploma Teknologi Elektronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai; Technologist in Electronic Industry R & D Technician QA / QC Technician Test Technician Electronic Assembly Technician Penolong Pegawai Latihan Vokasional Lain-lain pekerjaan berkaitan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik [EE-021-3:2012] Atau

Juruteknik Kanan Elektronik Industri - Peralatan [E-011-3] Atau

Penyeliaan dan Pengesanan Kerosakan Komponen dan Papan Elektronik [C261-001-3:2020]

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS BATU PAHAT (ADTEC BATU PAHAT)
Alamat
KM 8, JALAN TANJUNG LABUH,
MUKIM MINYAK BEKU,
83000 BATU PAHAT, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
PN. HJH AZLINA BINTI OTHMAN
Telefon
07-4285311
Emel
adtecbp@jtm.gov.my
Laman Web
www.adtecbp.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;