Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK (DKM TAHAP 4)

DEEI34

INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA (JMTI) , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk:
- membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar.
- merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB)
- mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulic & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi komplek.
- membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller.
- menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek / grafik.
- menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian d dalam program ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan industri pengeluaran, pengukuran dan baikpulih elektronik. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut • Technologist in Electronic Industry • R & D Technician • QC/QA Technician • Penolong Pegawai Latihan Vokasional

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik [EE-021-3:2012] Atau

Juruteknik Kanan Elektronik Industri - Peralatan [E-011-3] Atau

Penyeliaan dan Pengesanan Kerosakan Komponen dan Papan Elektronik [C261-001-3:2020]

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran / Penglihatan / Pertuturan / Fizikal / Pembelajaran / Mental / Pelbagai yang menyukarkan kerja amali
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TEKNIKAL JEPUN MALAYSIA (JMTI)
Alamat
Institut Teknikal Jepun Malaysia
59, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 15
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
MUHAMAD HELMI BIN HASNAN
Telefon
045087800
Emel
adminjmti@jtm.gov.my
Laman Web
www.jmti.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)

Untuk keterangan lanjut berkenaan kursus dan pengambilan boleh hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;