SERVIS KERETA ELEKTRIK DAN HIBRID
G452-007-3:2019,G452-002-2:2018;Persijilan Tahap Tunggal Servis Kereta Elektrik Dan Hibrid
Pengenalan Kursus
Program ini mendedahkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi juruteknik automotif kenderaan ringan, elektrik dan hibrid . Pelatih akan mempelajari kaedah menyelenggara sistem brek, suspensi, steering, rombakrawat enjin, baikpulih sistem penyejukkan, selenggara penghawa dingin, diagnosis kenderaan elektrik dan hibrid, penukaran motor generator, penukaran inverter, bateri arus tinggi dan sebagainya.
Di samping Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), pelatih akan menerima persijilan profesional dari Institut of the Motor Industry (IMI), UK tahap 1 dan 2 dalam bidang kenderaan elektrik dan hibrid sebagai persijilan tambahan dan nilai tambah kepada pelatih bagi meningkatkan kebolehpasaran pelatih di industri.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Akademik
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Kewarganegaraan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Pembiayaan Elaun Sara Hidup adalah sebanyak RM800/bulan dari PTPK.
Penginapan secara dorm disediakan oleh pihak VETA dengan kadar bayaran sebanyak RM100/bulan.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.