SIJIL TEKNOLOGI CADD SENIBINA
SCCS03
Pengenalan Kursus
ursus ini melatih belia-belia lepasan sekolah dengan kemahiran dalam bidang lukisan senibina bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan di sektor industri, kerajaan atau berkerja sendiri sejajar dengan usaha kerajaan melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran. Pelajar akan didedahkan kepada teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk sesebuah bangunan.
Pelajar akan diberikan pendedahan dan kemahiran asas dalam lukisan senibina. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis garisan dan penghurufan dalam lukisan disamping mengetahui konsep geometri, unjuran ortografik, isometrik dan oblik. Pelajar juga diajar tentang penyediaan lukisan kerja untuk projek pembinaan. Lukisan Kerja mendedahkan pelajar kepada asas Binaan Kayu Dan Keluli, Perkhidmatan Bangunan Dan Lukisan, Kejuruteraan Awam dan Lukisan Struktur Konkrit Bertulang.
Pelajar turut diberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkenaan undang-undang berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menyediakan lukisan. Penekanan akan diberi kepada kehendak perancangan seperti yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Undang-undang Bangunan. Pelajar akan diperkenalkan kepada CADD, kepentingan dan aplikasi CADD dalam kursus seni bina sehingga dapat menghasilkan lukisan persembahan 3D.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Umur
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Warganegara
Syarat Persekolahan
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Am Kemasukan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.