Kursus TVET

DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (INDUSTRI)

TVETMARA BESUT (INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESUT) , TERENGGANU

Pengenalan Kursus

Program Diploma Kompetensi Elektrik (Industri) bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas teknikal berkaitan sistem elektrik dengan cekap dan selamat. Graduan program ini dilatih untuk mengaplikasikan pengetahuan teori serta kemahiran amali dalam kerja -kerja pendawaian elektrik di pelbagai sektor industri, Memasang kelangkapan elektrik sesuatu bangunan, membaiki kerosakan alat-alat kelengkapan elektrik dan bertanggungjawab membaik pulih sistem elektrikal dan kerja-kerja wiring.
Selain itu, program ini turut menekankan pembangunan kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, kerja berpasukan, kepimpinan, dan etika profesional bagi melahirkan tenaga kerja yang berdisiplin serta bertanggungjawab terhadap budaya kerja dan masyarakat. Graduan juga digalakkan mengembangkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat sebagai persediaan menghadapi perubahan teknologi dan peluang kerjaya dalam industri elektrik yang semakin berkembang.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik, Pendawai Elektrik (Wireman PW4) , Usahawan (Kontraktor)

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Taraf Warganegara
Warganegara Malaysia (Wajib)
Syarat Wajib
Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Taraf Bumiputera
Bumiputera
Syarat Wajib
Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Lulusan Institut Kemahiran MARA (IKM) / Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
Syarat Wajib
Memiliki Sijl Perakuan kekompetenan PW2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Siijil Perakuan Kekompetenan Sebagai Pendawai PW2 Dari LULUSAN Institut Kemahiran MARA (IKM)/Institut latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)
Minimum CGPA : 0.00

DAN
04
Kriteria Utama
Umur
Calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
Syarat Wajib
Umur mestilah sekurang-kurangnya 18 tahun

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45

DAN
05
Kriteria Utama
Kriteria Tambahan Lain
Sihat tubuh badan (Tidak menerima sebarang OKU)
Syarat Wajib
Taraf Kesihatan
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA BESUT (INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESUT)
Alamat
JALAN BATU TUMBUH
ALUR LINTANG
22200 BESUT
TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
YUSNOR ASIKIN BINTI MOHAMED ZIM
Telefon
09-6957244
Emel
asikin.zim@mara.gov.my
Laman Web
https://www.tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh MARA
Elaun Sara diri diberi sebanyak RM300/bulan dan juga hostel penginapan disediakan oleh Pusat Bertauliah. Kandungan kursus yang ditawarkan meliputi Kursus Umum, Modul Penyedia TVET, Modul Teras dan Latihan Industri (OJT)

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;