PENGUKIRAN KAYU
SS-200-3:2013
Pengenalan Kursus
Kursus Pengukiran Kayu di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) ditawarkan bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang seni pertukangan tradisional yang bernilai tinggi. Kursus ini memberi penekanan kepada kemahiran mengukir, merekabentuk, dan menghasilkan produk seni berasaskan kayu dengan menerapkan nilai estetika warisan Melayu serta kecekapan teknikal yang relevan dengan keperluan industri semasa. Sepanjang tempoh latihan, pelatih akan didedahkan kepada aspek teori dan amali, termasuk:
1) Pengenalan kepada jenis-jenis kayu dan alatan ukiran,
2) Teknik asas dan lanjutan pengukiran,
3) Rekabentuk motif tradisional dan moden,
4) Kerja kemasan serta penyediaan produk ukiran,
5) Asas keusahawanan dan pemasaran produk berasaskan kayu.
6) Latihan dijalankan secara hands-on di bengkel ukiran dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang pertukangan dan seni warisan. Pelatih juga berpeluang menjalani latihan industri bersama pengukir profesional atau syarikat pembuatan perabot dan seni bina kayu.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
WARGANEGARA
UMUR
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 55
KELAYAKAN AKADEMIK
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
SYARAT TAMBAHAN
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
LAIN-LAIN SYARAT
Butiran Penyedia Latihan TVET
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.