Kursus TVET

SIJIL REKAAN FESYEN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI (TAHAP 2)

RFPL13

INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL , Tiada Maklumat

Pengenalan Kursus

Program ini dibangunkan berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang rekaan fesyen dan pembuatan pakaian lelaki. Pelajar akan mempelajari kemahiran asas seperti mengambil ukuran badan, menyediakan pola asas, memotong fabrik, serta menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki dalam pelbagai kategori termasuk pakaian kasual, pakaian pejabat, pakaian tradisional, pakaian tradisional kontemporari, pakaian kecergasan (active wear) dan juga pakaian fungsian (functional wear). Selain itu, pelajar turut didedahkan kepada asas rekaan fesyen, pemilihan fabrik serta etika dan disiplin kerja mengikut piawaian industri. Program ini menjadi landasan kukuh untuk pelajar melangkah ke peringkat lebih tinggi dalam bidang fesyen dan pembuatan pakaian peringkat profesional.

Di akhir program, pelajar akan dapat:
1. Mengenapasti stail dan ciri-ciri rekaan pakaian lelaki.
2. Menguasai asas jahitan dan pembuatan pakaian lelaki.
3. Menyediakan pola asas dan menjahit pelbagai jenis pakaian lelaki.
4. Mengamalkan keselamatan, kebersihan dan penyelenggaraan peralatan jahitan.
5. Menghasilkan pakaian yang kemas, berkualiti dan mengikut spesifikasi industri.
6. Menunjukkan sikap profesional, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam kerja.

Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM 2) dalam bidang JAHITAN PAKAIAN LELAKI (C141-001-2:2017) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Operator Jahitan Industri/Butik, Pembantu Pembuat Pola Pakaian, Pembantu Pembuat Sampel Pakaian, Pembantu Pereka Fesyen, Usahawan Jahitan dan Fesyen

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
AKADEMIK
Syarat Wajib
Kelayakan akademik minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Berumur tidak kurang 18 tahun pada tahun pengambilan. Had umur pemohon adalah seperti berikut:

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon adalah:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT UMUM
Syarat Wajib
Pemohon adalah:
1. Beragama Islam.
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

DAN
05
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Alamat
LOT 1363, JALAN PERKASA, TAMAN MALURI,
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
NORLIA BINTI AHMAD
Telefon
03-92830385
Emel
ikbmaiwp91@gmail.com
Laman Web
www.ikb-maiwp.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan faedah-faedah seperti berikut:
1. Elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.
2. Pemberian baju korporat dan baju bengkel percuma.
3. Kemudahan peralatan dan pemberian bahan latihan percuma.
4. Kemudahan asrama dan dewan makan - percuma (makan minum 5 kali sehari).

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;