Kursus TVET

PERKHIDMATAN OPERASI & PENYELENGGARAAN DANDANG

ME-011-3:2014;PERKHIDMATAN OPERASI & PENYELENGGARAAN DANDANG

AZMIDA TECHNICAL COLLEGE , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Program ini ditawarkan di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Kursus ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyelenggaraan dandang stim (boiler) bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berdisiplin dan menepati standard industri. Melalui program ini, peserta berpeluang memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2/Tahap 3) bergantung kepada pencapaian, serta berpeluang meneruskan laluan kerjaya ke arah mendapatkan lesen kompetensi Boilerman Gred 2 dan Gred 1. Graduan kursus ini akan memenuhi permintaan tinggi tenaga mahir dalam industri perkilangan, perladangan, makanan, minyak & gas, dan sektor tenaga.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
21 Bulan
Prospek Kerjaya
Operator Boiler/Boilerman, Juruteknik Penyelenggaraan Loji, Penyelia Operasi Loji, Tenaga Pengajar

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Syarat Khas
Syarat Wajib
Pra Syarat Kursus Tambahan
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon mestilah berumur:

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35

DAN
03
Kriteria Utama
Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Khusus untuk
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Akademik
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AZMIDA TECHNICAL COLLEGE
Alamat
LOT 16988, JALAN DUA KAWASAN INDUSTRI SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
JUNAIDA BINTI HAMZAH
Telefon
019-3267706
Emel
azmida_7706@yahoo.com
Laman Web
www.azmidatechnicalcollege.com

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Yuran pengajian boleh mohon PTPK.
Elaun berbayar disediakan sebanyak RM 400 / 600 / 800.
Asrama dan Pengangkutan disediakan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;