Kursus TVET

PENGELUARAN MAKANAN (PEMPROSESAN)

C107-002-3:2020;SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) PENGELUARAN MAKANAN TAHAP 3

PUSAT LATIHAN MARDI , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) Tahap 3 merupakan program kemahiran yang memberi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman praktikal kepada personel untuk melaksanakan kerja-kerja pengeluaran dan pemprosesan makanan secara sistematik, selamat, bersih dan berkualiti mengikut keperluan industri.

Program ini memberi penekanan kepada kompetensi teras dalam pengeluaran makanan, merangkumi:

Pengendalian Bahan Mentah – mengendalikan, memeriksa dan memastikan bahan mentah sesuai untuk digunakan dalam proses pengeluaran.
Pengendalian Penyediaan Pesanan Pengeluaran Produk – menyediakan dan melaksanakan pesanan pengeluaran mengikut spesifikasi, prosedur serta keperluan pengeluaran.
Penyelarasan Penyelenggaraan Mesin dan Peralatan Pemprosesan Makanan – memastikan mesin dan peralatan pemprosesan berada dalam keadaan baik, selamat dan sesuai digunakan.
Kawalan Kualiti Pemprosesan Makanan – melaksanakan kawalan kualiti bagi memastikan proses dan produk memenuhi spesifikasi serta keperluan keselamatan makanan.
Penyeliaan Personel Pemprosesan Makanan – menyelaras dan menyelia personel dalam melaksanakan aktiviti pemprosesan makanan mengikut prosedur kerja yang ditetapkan.

Sebagai kompetensi elektif, peserta turut mendapat pendedahan dan kemahiran dalam Operasi Pemprosesan Produk Makanan Sedia Dimakan (Ready-to-Eat), yang merangkumi pelaksanaan proses pemprosesan produk makanan sedia dimakan mengikut prosedur, spesifikasi dan keperluan keselamatan makanan.

Pengetahuan dan Kemahiran yang Diperoleh

Sepanjang mengikuti program, peserta akan membangunkan kompetensi dalam:

1. Operasi Pengeluaran Makanan
Merancang, menyediakan dan melaksanakan aktiviti pengeluaran makanan mengikut pesanan pengeluaran, prosedur kerja dan spesifikasi produk.

2. Pengendalian Bahan dan Proses Pemprosesan
Mengendalikan bahan mentah, bahan pemprosesan serta melaksanakan proses pengeluaran dengan kaedah yang betul bagi memastikan keselamatan dan kualiti produk.

3. Pengoperasian Mesin dan Peralatan
Mengendalikan mesin dan peralatan pemprosesan makanan serta menyelaras aktiviti penyelenggaraan bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan selamat.

4. Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan
Melaksanakan pemeriksaan dan kawalan kualiti pada peringkat proses serta produk dengan mengambil kira amalan keselamatan dan kebersihan makanan seperti Good Hygiene Practices (GHP), Good Manufacturing Practices (GMP) serta prinsip dan keperluan sistem keselamatan makanan yang berkaitan.

5. Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Mengamalkan kebersihan diri, sanitasi, penggunaan Personal Protective Equipment (PPE) serta prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa menjalankan aktiviti pemprosesan makanan.

6. Penyeliaan Personel
Menyelaras tugasan, memantau prestasi kerja dan memastikan personel melaksanakan aktiviti pemprosesan mengikut prosedur serta keperluan pengeluaran.

7. Penghasilan Produk Makanan Sedia Dimakan
Melaksanakan operasi pemprosesan produk Ready-to-Eat (RTE) dengan mengambil kira kawalan kebersihan, keselamatan, kualiti dan pengendalian produk.

Hasil Pembelajaran Program

Pada akhir program, peserta berupaya untuk:

Melaksanakan operasi pengeluaran dan pemprosesan makanan secara cekap, selamat, bersih dan berkualiti serta menyelaras personel, mesin, bahan dan proses pengeluaran mengikut prosedur kerja, spesifikasi produk serta keperluan industri makanan.

Peserta juga dibentuk untuk mampu bekerja secara individu atau berkumpulan dalam persekitaran industri makanan yang kondusif, dengan mengutamakan aspek kebersihan, keselamatan makanan, kualiti produk, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pematuhan kepada peraturan dan keperluan berkaitan industri makanan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan SKM Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) Tahap 3 berpeluang menceburi kerjaya dalam industri pemprosesan dan pengeluaran makanan seperti Food Processing Operator, Production Operator, Food Processing Technician, QA/QC Assistant, Food Safety Assistant, Food Packaging Operator, Ready-to-Eat Food Processing Operator serta jawatan berkaitan operasi dan penyeliaan pengeluaran makanan.

Kemahiran yang diperoleh juga boleh menjadi asas kepada pembangunan kerjaya dalam bidang pengeluaran makanan, kawalan kualiti, keselamatan makanan, pengendalian mesin dan peralatan serta penyeliaan operasi, di samping membuka peluang untuk menceburi bidang keusahawanan makanan.

Graduan juga berpeluang meneruskan pengajian ke tahap kemahiran yang lebih tinggi, tertakluk kepada syarat kemasukan program dan institusi berkaitan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah :
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah :

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
AKADEMIK
Syarat Pilihan 1
Pemohon hendaklah :

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2

1. Pemohon hendaklah :

MENDUDUKI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT KHAS
Syarat Wajib
Program ini ditawarkan kepada :
1. Perempuan sahaja

DAN
05
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah :
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN MARDI
Alamat
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MUHAMMAD IQBAL BIN ABDULLAH
Telefon
03-89536803
Emel
pbm@mardi.gov.my
Laman Web
www.mardi.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Penginapan disediakan
Makan minum disediakan
Elaun RM 200/ Sebulan melalui Akaun Agrobank

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;