PENTADBIRAN SISTEM KOMPUTER
IT-020-4:2013;Pentadbiran Sistem Komputer
Pengenalan Kursus
Kursus ini bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang sistem komputer dengan kemahiran dalam pentadbiran, rangkaian, dan keselamatan sistem komputer. Pelajar akan didedahkan dengan aspek teori dan amali yang merangkumi struktur perkakasan (hardware) dan perisian (software) bagi sistem komputer, konfigurasi pelayan (server), pengurusan rangkaian, kawalan keselamatan sistem komputer serta penyelenggaraan sistem. Selain itu, pelajar juga akan memahami perancangan perolehan (procurement) bagi sistem komputer dan rangkaian.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang berkaitan
Operasi Sistem Komputer [IT-020-3:2013] Atau
Juruteknik Sistem Komputer [IT-020-3] Atau
Juruteknik Sistem Komputer [D-041-3] Atau
Juruteknik Sistem Komputer [D-040-3]
Warganegara
Umur
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45
Syarat Tambahan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Syarat Kemasukan – 15 tahun dan keatas
Mod Pembelajaran – Pembelajaran berasaskan teori 30% dan amali 70%
Sijil yang perlu ada ialah SKM Level 3 Sistem Operasi Komputer
Sijil yang akan diperolehi - Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
Peluang Latihan Industri – Penempatan di syarikat berkaitan IT untuk pengalaman kerja.
Kemudahan Pembelajaran – Makmal komputer, akses kepada perisian terkini, dan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman.
Peluang Seterusnya – Laluan ke peringkat lebih tinggi seperti Degree atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia atau pekerjaan dalam bidang teknologi maklumat.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.