SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN
G452-002-3:2018;SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN
Pengenalan Kursus
Program ini mendedahkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi juruteknik automotif kenderaan ringan. Pelatih akan mempelajari prosedur diagnostik EMS, ABS, SRS Airbag, 'Turbocharger/Supercharger', sistem HVAC, Transmisi, 'Diesel Common Rail Fuel Injection' dan sebagainya.
Di samping Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), pelatih akan menerima persijilan profesional dari Institut of the Motor Industry (IMI), UK sebagai persijilan tambahan dan nilai tambah kepada pelatih bagi meningkatkan kebolehpasaran pelatih di industri.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Kelayakan Akademik
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN [G452-002-2:2018] Atau
Servis Pembaikan - Kenderaan Ringan [TP-300-2:2016]
Umur
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Kewarganegaraan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Pembiayaan Elaun Sara Hidup adalah sebanyak RM400/bulan - RM600/bulan dari PTPK.
Penginapan secara dorm disediakan oleh pihak VETA dengan kadar bayaran sebanyak RM100/bulan.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.