Kursus TVET

SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MARIN (PENYELENGGARAAN)

SRM 03

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KUALA PERLIS , PERLIS

Pengenalan Kursus

Pelajar akan didedahkan dengan kursus berbentuk latihan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Penyelenggaraan Marin Mekanikal. Setelah tamat kursus ini, pelajar-pelajar dapat menceburi bidang pekerjaan dan keusahawanan yang mengikut kehendak pasaran serta memenuhi standard industri. Pelajar-pelajar ini juga akan didedahkan dengan Latihan Industri selama 3 bulan setelah belajar di Institut selama 24 bulan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
27 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan pelajar kursus ini berpeluang untuk menjadi
1. Juruteknik marin di syarikat pembaikan kapal di limbungan di dalam dan luar negara.
2. Tenaga mahir yang belayar di atas kapal dagang dan kapal persiaran di dalam dan luar negara.
3. Tenaga pengajar maritim di sektor awam dan swasta.
4. Anggota keselamatan seperti Polis Marin, Tentera Laut dan lain-lain.
5. Agensi penguatkuasaan seperti kakitangan Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan lain-lain jabatan berkaitan.
6. Tenaga mahir di syarikat cari gali minyak di dalam dan luar negara.
7. Kontraktor penyedia peralatan dan alat ganti marin.
8. Marine surveyor.
Selain itu juga, graduan pelajar lepasan institut ini juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian awam dan swasta.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Pilihan 1
Minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2
Memiliki SPM;
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KUALA PERLIS
Alamat
JALAN BUKIT KUBU
02000 KUALA PERLIS
Negeri
PERLIS
Penyelaras
ISMA BAIZURA BINTI ISMAIL
Telefon
04-9855985
Emel
baizura@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;