SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PENYELENGGARAAN INDUSTRI)
SMU 03
Pengenalan Kursus
Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, memeriksa, menyelenggara dan membaikpulih pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik.
Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.
Maklumat Latihan TVET
• Jurugegas
• Juruteknik Penyelenggaraan
• Penyelia
• Pengajar Teknikal
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.