Kursus TVET

AUDIT TENAGA AWAL

MCU-11

UMPSA Advanced TVET Centre , PAHANG

Pengenalan Kursus

Kursus ini dirangka bagi memberi pendedahan awal kepada peserta tentang pelaksanaan Audit Tenaga Awalan (Preliminary Energy Audit) di sesebuah fasiliti. Audit tenaga awalan merupakan langkah penting bagi mengenal pasti potensi penambahbaikan penggunaan tenaga dengan kos yang rendah serta menentukan kawasan yang memerlukan kajian atau audit yang lebih mendalam pada masa hadapan.

Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada proses pengumpulan data asas, semakan bil utiliti dan maklumat operasi fasiliti, serta kaedah menganalisis data tersebut untuk mengesan pembaziran atau ketidakcekapan tenaga. Hasil daripada audit ini akan dijadikan asas bagi merangka strategi penjimatan tenaga serta menyokong pelaksanaan audit tenaga seterusnya.

Di akhir kursus, peserta berupaya untuk:
- Merancang audit tenaga awalan.
- Mengumpul data berkaitan audit tenaga awalan.
- Menganalisis data audit tenaga awalan.
- Menyediakan laporan aktiviti audit tenaga awalan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tempoh Pengajian
10 Minggu
Prospek Kerjaya
Peserta yang menamatkan kursus ini berpeluang untuk menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan tenaga, penyelenggaraan fasiliti dan kecekapan tenaga di pelbagai sektor.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah :
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Had umur ialah:

Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 55

DAN
03
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
LAIN - LAIN SYARAT
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:
1. Berpengalaman dalam bidang yang berkaitan

DAN
05
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
UMPSA Advanced TVET Centre
Alamat
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah,
Kompleks Pentadbiran Utama,
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (Kampus Gambang),
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,
Negeri
PAHANG
Penyelaras
MOHD FIRAS AMIR BIN ANUAR
Telefon
01130442042
Emel
tvetcentre@umpsaadvanced.edu.my
Laman Web
https://www.umpsaadvanced.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini layak dipohon di bawah skim HRD Corp Claimable Course. Majikan yang berdaftar dengan HRD Corp boleh membuat permohonan tuntutan latihan melalui sistem e-TRiS, tertakluk kepada terma, syarat dan kelulusan HRD Corp.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;