PENYELIAAN LADANG RUMINAN
A014-001-3:2019,A014-001-2:2019;-
Pengenalan Kursus
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 - Penyeliaan Ladang Ruminan merupakan program kemahiran yang menjalankan aktiviti operasi ladang, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan sistem ternakan di samping mengendalikan program kesihatan, pembiakan, penyembelihan dan memasarkan hasil ladang serta membentuk keusahawanan
Sepanjang mengikuti program ini, pelatih juga akan melakukan pengendalian kawasan pastura dan foder, makanan ternakan, pengeluaran susu dan pengendalian sisa ternakan.
Program ini sesuai untuk individu yang berminat membina kerjaya dan kemahiran dalam industri penternakan ruminan khususnya dalam bidang penyeliaan ladang ruminan.
Maklumat Latihan TVET
Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi ialah termasuk Penyelia Ladang Ruminan. Graduan juga berpeluang menceburi bidang keusahawanan dalam industri penternakan ruminan dengan mengusahakan perniagaan atau perusahaan ternakan sendiri
Syarat Kelayakan
KELAYAKAN AKADEMIK
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
2. Mempunyai Sijil Tahfiz Malaysia Dari Institusi Tahfiz
3. Minimum CGPA : 0.00
WARGANEGARA
UMUR
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30
SYARAT TAMBAHAN
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Elaun sara diri diberi sebanyak RM250.00 sebulan dan asrama penginapan serta makan dan minum disediakan oleh kerajaan.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.