Kursus TVET

JANAKUASA VOLTAN RENDAH DAN PENYEGERAKKAN SEPARUH MASA

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KINARUT , SABAH

Pengenalan Kursus

Kursus Janakuasa Voltan Rendah dan Penyegerakkan (Separuh Masa) bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta berkaitan operasi, penyelenggaraan serta proses penyegerakkan janakuasa voltan rendah dengan sistem bekalan elektrik. Kursus ini memberi penekanan kepada aspek keselamatan, kefahaman komponen janakuasa, serta kaedah pengendalian yang betul mengikut prosedur yang ditetapkan.

Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari asas teori dan latihan praktikal berkaitan sistem janakuasa, teknik penyegerakkan, pemeriksaan peralatan serta langkah pengendalian semasa operasi. Program ini sesuai kepada individu yang bekerja atau berminat dalam bidang penyelenggaraan dan operasi sistem janakuasa bagi meningkatkan kemahiran serta kompetensi dalam bidang elektrik.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Tempoh Pengajian
1 Bulan
Prospek Kerjaya
Peserta yang mengikuti kursus ini berpeluang menceburi kerjaya dalam bidang operasi dan penyelenggaraan sistem janakuasa serta bekalan elektrik. Kemahiran yang diperoleh membolehkan peserta bekerja sebagai juruteknik elektrik, operator janakuasa atau pembantu penyelenggaraan di sektor industri, bangunan komersial, hospital, hotel serta fasiliti yang menggunakan sistem janakuasa sandaran.

Selain itu, pengetahuan dalam pengendalian dan penyegerakkan janakuasa juga dapat meningkatkan peluang kerjaya dalam sektor tenaga dan penyelenggaraan elektrik serta membantu peserta meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran dalam industri berkaitan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon mesti:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah berumur:

Umur Minimum : 20
Umur Maksimum : 65

DAN
03
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Kelayakan minima pemohon ialah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Syarat tambahan pemohon ialah:
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
05
Kriteria Utama
LAIN-LAIN SYARAT
Syarat Wajib
Lain-lain syarat pemohon ialah:
1. Temuduga
2. Sijil lain

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KINARUT
Alamat
W.D.T 16, JLN LIMAU-LIMAUAN
89609 KINARUT
SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
JANUIN JOHNY
Telefon
088-755929
Emel
januinjohny@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa (Sabtu & Ahad)
;