Kursus TVET

CULINARY ARTS : CULINARY ARTS WORKMANSHIP

[CUA-DKM4] ;

INSTITUT TEKNOLOGI RIAM , SARAWAK

Pengenalan Kursus

Program Seni Kulinari (Tahap 4) ini bertujuan melahirkan profesional pengurusan dapur yang kompeten dan mempunyai kepakaran teknikal tinggi bagi memenuhi tuntutan industri perkhidmatan makanan dan hospitaliti. Fokus utama program adalah untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran pengurusan operasi harian merangkumi penyelarasan unit dapur panas (Hot Kitchen) dan dapur sejuk (Cold Kitchen), delegasi tugasan, serta kawalan kos operasi bagi setiap bahagian. Melalui pendekatan latihan amali yang sofistikated termasuk penghasilan pembuka selera, sup, dan hidangan utama tahap lanjutan (Advance), program ini bermatlamat untuk membentuk ketua bahagian atau cef yang mempunyai daya kepimpinan yang kuat, mahir dalam aspek pengurusan produksi kulinari yang kompleks, serta mempunyai kelayakan yang mantap untuk memegang jawatan pengurusan kanan dalam industri kulinari global.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Sous Chef: Orang kedua dalam hierarki dapur yang bertanggungjawab merancang menu, menguruskan kos bahan mentah (food costing), dan melatih staf dapur bawahan.
2. Kitchen Operations Manager: Pengurus yang memantau keseluruhan rantaian bekalan dapur, memastikan keuntungan unit makanan, dan mematuhi audit kebersihan antarabangsa.

Deskripsi jawatan di atas adalah merupakan idea dan gambaran umum tugasan bagi prospek kerjaya yang berkaitan dengan kursus di Riamtec. Skop kerja sebenar mungkin berbeza mengikut polisi syarikat dan keperluan semasa industri. Ini berfungsi sebagai panduan aspirasi kerjaya bagi pelajar.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Wajib

OPERASI SENI KULINARI [I561-005-3:2022] Atau

Penyediaan & Pembuatan Makanan [HT-012-3:2012]

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60

DAN
03
Kriteria Utama
Kewarganegaraan
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Lain-lain
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TEKNOLOGI RIAM
Alamat
LOT 1305, 3.5 MILES RIAM ROAD,
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
Diana Frederick Uyo
Telefon
085-613371
Emel
erichii@riamtec.edu.my
Laman Web
www.riamtec.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Transformasi minat anda menjadi kerjaya profesional melalui latihan berimpak tinggi yang diiktiraf sepenuhnya oleh industri.
Kenapa Pilih Program Kami?
1. Fokus Industri: Program berasaskan 70% Latihan Praktikal & 30% Teori bagi memastikan penguasaan kemahiran hands-on yang jitu.
2. Tempoh Pantas: Graduan kompeten dalam masa singkat (9 hingga 12 bulan sahaja).
3. Laluan Kerjaya: Laluan ke peringkat lebih tinggi terbuka ke SKM Tahap 3 & DKM Tahap 4 (Diploma) secara berterusan di bawah satu bumbung.

Kelebihan Eksklusif di Riamtec:
1. Fasiliti Antara Yang Terbaik: Mempunyai kemudahan bengkel dan makmal bertaraf industri yang merupakan antara yang terbaik di Sarawak, serta direka khas untuk memenuhi standard industri semasa.
2. Penginapan Selesa: Kemudahan Asrama Dalam Kampus yang selamat, strategik, dan kondusif bagi memudahkan fokus pembelajaran pelajar.
3. Ekosistem Pembelajaran Dinamik: Persekitaran kampus yang luas dan lengkap untuk pembangunan sahsiah, disiplin, dan kemahiran teknikal yang menyeluruh.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;