Kursus TVET

PENGURUSAN MUTAWWIF UMRAH DAN ZIARAH

N791-001-4:2016,N791-001-3:2016;DIPLOMA KEMAHIRAN PENGURUSAN MUTAWWIF UMRAH DAN ZIARAH

PROFESSIONAL MUTAWWIF DEVELOPMENT INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE - KAMPUS UITM MELAKA , MELAKA

Pengenalan Kursus

Kursus N791-001-4:2016 Pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah adalah program latihan berstruktur yang direka untuk melahirkan Mutawwif profesional yang kompeten dalam mengendalikan jemaah Umrah dan Ziarah. Kursus ini menekankan aspek pengurusan operasi Umrah dan Ziarah, kebajikan jemaah, penyampaian maklumat berkaitan ibadah, serta kemahiran komunikasi dan kepimpinan yang diperlukan oleh seorang Mutawwif.

Melalui kursus ini, peserta akan dibekalkan dengan pengetahuan teori dan latihan praktikal berkaitan tugas dan tanggungjawab Mutawwif, termasuk pengurusan jadual perjalanan, penyampaian taklimat ibadah, bimbingan jemaah di Tanah Suci, serta pengendalian cabaran dan situasi kecemasan yang mungkin dihadapi semasa mengiringi jemaah.

Kursus ini juga menitikberatkan aspek fiqh Umrah dan Ziarah, sejarah tempat suci, serta kepentingan etika dan profesionalisme dalam menjalankan tugas sebagai Mutawwif. Dengan pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berorientasikan industri, kursus ini memastikan peserta memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang pengurusan Mutawwif Umrah dan Ziarah.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
28 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Mutawwif & Muslim Tour Leader
2. Pegawai Pemasaran Umrah & Pelancongan
3. Kakitangan Travel Agensi
4. Pegawai Penilai (PP) dan Tenaga Pengajar (TP)
5. Pemilik Travel Agensi

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Wajib
Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Had Umur
Had Umur Pemohon
Syarat Wajib
Calon adalah

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 55

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Status Kesihatan, Status Jenayah, Status Beragama Islam dan Status Bekerja
Syarat Wajib
Calon mestilah: (a) Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit kronik; (b) Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah dan bukan dalam proses prosiding jenayah terhadapnya; dan (c) Mestilah beragama Islam;
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PROFESSIONAL MUTAWWIF DEVELOPMENT INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGE - KAMPUS UITM MELAKA
Alamat
Tingkat 3, Bangunan KPP 3, Universiti Teknologi MARA UiTM Cawangan Melaka, KM26 Jalan Lendu, 78000, Alor Gajah, Melaka
Negeri
MELAKA
Penyelaras
NOOR QHAINIE BINTI KAMARULAN
Telefon
01159159009
Emel
hq@mutawwifpmd.com
Laman Web
www.pmdic.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kelebihan program ini:
1. Dijalankan di Universiti Awam dan Swasta;
2. Kelas yang Kondusif dan Berhawa Dingin;
3. Pensyarah yang Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
4. Mendapatkan Manfaat daripada Fasiliti Universiti (Perpustakaan, Masjid / Surau, Pejabat Urusan, Fasiliti Sukan, Dewan Kuliah dll bergantung kepada universiti);
5. Pelatih Diwajibkan mengikuti Bengkel Latihan Mutawwif di Tanah Suci;
6. Program Asasi Mutawwif;
7. Mata Pelajaran Selektif: Pelancongan dan Hospitality;
8. Mata Pelajaran Selektif: Bahasa Inggeris Pelancongan;
9. Mata Pelajaran Selektif: Keusahawanan;
10. Program-program Kokurikulum Sepanjang Tahun;
11. Pelatih akan menerima kit Pembelajaran (vest, kad matrik dan lanyard, T-Shirt, Buku-buku Rujukan, Kain Ihram (Kain Ihram), Telekung (Perempuan) dan woven bag dll);
12. Sijil dan Transkrip Tambahan yang Dikeluarkan oleh Pusat Bertauliah (PB); dan
13. Berpeluang untuk mendapatkan Pinjaman Pendidikan dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi yang layak.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;