Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Dandanan Rambut – Tahap 2
Kursus Dandanan Rambut Tahap 2 direka untuk membina kemahiran asas yang kukuh dalam industri salon. Pelatih akan mempelajari teknik penjagaan rambut, potongan asas, pewarnaan asas dan penggayaan rambut melalui gabungan teori dan latihan amali bersama pelanggan sebenar. Sesuai untuk mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai Pembantu Pendandan Rambut dan melangkah ke tahap profesional.
Kursus Dandanan Rambut – Tahap 3
Kursus Dandanan Rambut Tahap 3 memberi latihan lanjutan berorientasikan industri bagi melahirkan pendandan rambut mahir dan berkeyakinan. Fokus kepada potongan dan pewarnaan lanjutan, rawatan profesional serta latihan amali intensif bersama pelanggan sebenar. Lulusan berpeluang menjadi Pendandan Rambut Profesional, Penyelia Salon, atau membuka salon sendiri.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
46150 PETALING JAYA SELANGOR
Lain-lain Maklumat
Kandungan kursus yang ditawarkan merangkumi keseluruhan pengetahuan dan kemahiran yang amat diperlukan dalam industri dandanan rambut. Graduan berpeluang memperoleh tawaran pekerjaan di dalam Malaysia mahupun di luar negara dengan lebih mudah kerana latihan yang diberikan bukan sahaja menggunakan patung kepala, malah 50% daripada tempoh latihan adalah berbentuk amali bersama pelanggan sebenar.