Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Diploma Kemahiran Malaysia – Digital Media (Video/Filem Produksi Penggambaran) Program ini merupakan program kemahiran yang memberikan pendedahan kepada pelajar tentang latihan yang melibatkan daya kemahiran dari segi penghasilan kerja kursus, aktiviti kemahiran sama ada di dalam kolej atau di luar kolej.
Pelajar akan diberikan peluang untuk mengendalikan setiap peralatan yang disediakan untuk menghasilkan filem pendek, dokumentari, iklan komersil, video pesanan khidmat masyarakat dan sebagainya. Malah kursus penyiaran juga disediakan untuk pengetahuan pelajar dalam bidang media penyiaran.
Pada Tahap 2 & 3, pelajar akan didedahkan lebih kepada bahagian teknikal. Dan bagi mereka yang berada pada Tahap 4 pula akan diberi pendedahan lebih kepada tenaga mahir yang bakal digunakan, seperti cara penyediaan budget, bagaimana untuk melaksanakan pegambaran luar, proses untuk editing dan juga diberikan pendedahan penulisan skrip.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1. Pinjaman Yuran Pengajian melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
2. Pinjaman sara diri sehingga RM800 juga disediakan oleh pihak PTPK.
3. Penginapan pelajar juga disediakan oleh pihak kolej dengan bayaran RM 250.
4. Peluang pekerjaan bersama rakan industri.
5. Pembelajaran berasaskan "Industry Exposure".
6. Konsep pengajian adalah berasaskan pekerjaan di industri sebenar.