PEMBANGUNAN MULTIMEDIA KREATIF
J582-001-4:2025;Pembangunan Multimedia Kreatif [J582-001-4:2025]
Pengenalan Kursus
Diploma Kemahiran Malaysia – Multimedia Interaktif diwujudkan untuk melatih para pelajar mengenai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang multimedia. Para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran produksi penghasilan animasi 3D serta kemahiran menggunakan teknologi multimedia.
Penggunaan modul pembelajaran kombinasi teori dan praktikal memberikan kemahiran secukupnya dan dapat memenuhi tuntutan industri kreatif khusus dalam bidang multimedia.
Kaedah latihan yang ditawarkan bagi Tahap 3, latihan yang dikendalikan merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori. Mereka lebih didedahkan kepada penguasaan software, pembangunan sesebuah skrip, pembikinan jalan cerita (story board artis) dan juga mencipta kerektor yang digambarkan.
Pada Tahap 4 pula, latihan yang dikendalikan merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori. Mereka akan diberikan pendedahan kepada penyiapan jalan cerita yang lengkap. Mereka juga akan diberikan projek akhir oleh tenaga pengajar sama ada untuk membentuk sebuah poster, art book, kad nama dan juga pembungkusan barangan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
KELAYAKAN AKADEMIK
Rekabentuk Multimedia Interaktif [J582-001-3:2019]
WARGANEGARA
UMUR
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
2. Pinjaman sara diri sehingga RM800* juga disediakan oleh pihak PTPK.
3. Penginapan pelajar juga disediakan oleh pihak kolej dengan bayaran RM 250.
4. Peluang pekerjaan bersama rakan industri.
5. Pembelajaran berasaskan "Industry Exposure".
6. Konsep pengajian adalah berasaskan pekerjaan di industri sebenar.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.