Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Penawaran Program Asasi Teknologi Kejuruteraan (dahulunya dikenali sebagai Asasi TVET) merupakan inisiatif strategik untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat kelayakan, bagi mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, khususnya dalam bidang Ijazah Teknologi Kejuruteraan.

Program ini menyediakan landasan awal dan bersasar kepada pelajar yang menunjukkan minat dan kecenderungan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pada pelaksanaan awal, sebanyak lima (5) buah politeknik telah dipilih sebagai perintis untuk pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024, dengan penglibatan seramai 500 pelajar sebagai kumpulan sulung.

Bagi memperluaskan lagi capaian dan impak program ini, sebanyak lima (5) institusi tambahan akan mula menawarkan Program Asasi Teknologi Kejuruteraan bermula Sesi I 2025/2026, menjadikan keseluruhan sebanyak sepuluh (10) institusi pelaksana di seluruh negara.

Kurikulum Program Asasi Teknologi Kejuruteraan direka bentuk dengan penekanan khusus kepada elemen amali dan praktikal, selaras dengan keperluan industri semasa. Fokus bidang yang ditawarkan dalam program ini juga disusun agar seiring dengan kehendak sektor pekerjaan dan perkembangan teknologi terkini.

Tempoh pengajian adalah selama satu (1) tahun atau dua (2) semester, dengan setiap semester berlangsung selama enam (6) bulan

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
pasan program Asasi Teknologi Kejuruteraan diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti dibawah MTUN iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM ) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) .

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK NILAI
Alamat
KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK,71760,BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
-
Telefon
06-7980400
Emel
-
Laman Web
https://pns.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Warganegara Malaysia
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
Lulus Bahasa Inggeris
Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Matematik
Sains/Fizik/Kimia/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Matematik Tambahan/Lukisan Kejuruteraan
DUA (2) dalam mana-mana mata pelajaran
;