Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Sijil Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Wanita (Tahap 3) bertujuan melahirkan tenaga kerja separa mahir dan mahir dalam bidang rekaan fesyen digital dan pembuatan pakaian wanita selaras dengan keperluan industri semasa. Program ini merangkumi kemahiran menghasilkan ilustrasi digital rekaan fesyen, pembuatan dan manipulasi pola pakaian secara digital, serta pembuatan pakaian kerja wanita dan pakaian pengantin dengan kemasan berkualiti tinggi.

Selain latihan teori dan amali di institusi, pelatih juga diwajibkan menjalani latihan industri di syarikat atau bengkel fesyen yang berkaitan bagi mendedahkan mereka kepada persekitaran kerja sebenar, budaya industri, piawaian profesional serta amalan keselamatan dan kualiti. Ia bertujuan untuk memperkukuh kemahiran teknikal, meningkatkan kebolehpasaran graduan dan mempersiapkan pelatih untuk menceburi alam pekerjaan atau keusahawanan dalam industri fesyen secara profesional dan beretika.

Setelah menamatkan program ini, pelajar berupaya untuk:
1) Menghasilkan ilustrasi digital rekaan fesyen berdasarkan konsep, tema dan kehendak pelanggan menggunakan perisian reka bentuk fesyen digital yang sesuai.
2) Membina dan memanipulasi pola pakaian wanita secara digital mengikut ukuran badan, jenis rekaan dan spesifikasi pakaian dengan tepat dan sistematik.
3) Melaksanakan proses pembuatan pakaian kerja wanita seperti baju jururawat, baju korporat dan jaket kerja mengikut prosedur kerja, fungsi pakaian dan piawaian industri.
4) Menghasilkan pakaian pengantin wanita merangkumi baju kurung dan kebaya pengantin tradisional, gaun moden pengantin serta gaun korset pengantin dengan kemasan berkualiti tinggi dan nilai estetika.
5) Mengaplikasikan pengalaman latihan industri melalui pelaksanaan tugasan sebenar di tempat kerja bagi meningkatkan kemahiran teknikal, komunikasi, disiplin dan kefahaman terhadap amalan industri fesyen.
6) Mengamalkan profesionalisme, etika kerja, keselamatan, kesihatan dan penjagaan alam sekitar dalam semua aktiviti pembuatan pakaian wanita.

Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dalam bidang OPERASI TEKNIKAL PAKAIAN WANITA (C141-005-3:2021) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. MEMILIK SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP DUA (SKM2) DALAM BIDANG BERKAITAN
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1 Had umur pemohon:

Umur Minimum : 19
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Status warganegara pemohon:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT UMUM
4.1 Pemohon adalah:
1. Beragama Islam.
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program ini mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam sektor fesyen, pembuatan pakaian dan keusahawanan, antaranya: Pembantu pereka fesyen, ilustrator fesyen digital, pembuat pola pakaian (manual atau digital), jurujahit pakaian kerja dan pakaian khas, jurujahit pakaian pengantin, pembantu teknikal dalam industri pembuatan pakaian, usahawan butik atau perniagaan jahitan wanita

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Alamat
LOT 1363, JALAN PERKASA, TAMAN MALURI,
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NORLIA BINTI AHMAD
Telefon
03-92830385
Emel
ikbmaiwp91@gmail.com
Laman Web
www.ikb-maiwp.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan faedah-faedah seperti berikut:
1) Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan.
2) Elaun bulanan latihan industri sebanyak RM450.00 (tempoh 3 bulan).
3) Pemberian baju korporat dan baju bengkel percuma.
4) Kemudahan peralatan dan pemberian bahan latihan percuma.
5) Kemudahan asrama dan dewan makan - percuma (makan minum 5 kali sehari).
;