Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Sijil Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian Lelaki (Tahap 3) dirangka untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir yang kompeten dalam bidang pembuatan, jahitan dan penyeliaan pakaian lelaki selaras dengan keperluan industri fesyen dan pakaian. Program ini berpandukan NOSS C141-001-3:2017 Penyeliaan dan Jahitan Pakaian Lelaki, yang menekankan penguasaan kemahiran teknikal, kawalan kualiti, serta pengurusan kerja jahitan secara profesional.

Sepanjang program ini, pelajar didedahkan kepada kemahiran praktikal dan teori berkaitan pembuatan jaket lelaki (Men’s Jacket Making) yang merangkumi pembinaan struktur jaket, teknik tailoring, pemasangan pelapik, serta kemasan akhir mengikut piawaian industri. Selain itu, pelajar turut mempelajari pembuatan pakaian pengantin lelaki (Wedding Wear Making) yang meliputi sut pengantin, busana tradisional dan moden dengan penekanan terhadap kesesuaian potongan, pemilihan bahan serta kemasan eksklusif.

Program ini juga merangkumi pembuatan pakaian istiadat dan rasmi (Ceremonial Wear Making) seperti pakaian formal dan pakaian beruniform khas, yang menitikberatkan ketepatan spesifikasi, simbolik rekaan, serta pematuhan kepada etika pemakaian rasmi. Di samping itu, pelajar akan dilatih dalam Penyeliaan Pembuatan Pakaian Lelaki (Men’s Wear Making Supervision) yang melibatkan perancangan kerja, penyeliaan proses jahitan, pengurusan tenaga kerja, pemantauan kualiti serta pematuhan kepada amalan keselamatan dan kebersihan bengkel.

Sebagai pelengkap kepada pembelajaran berasaskan institusi, pelajar diwajibkan menjalani Latihan Industri selama tiga (3) bulan di organisasi atau industri berkaitan bagi memberi pendedahan sebenar kepada persekitaran kerja, amalan industri, serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Secara keseluruhannya, program ini menyediakan laluan kerjaya dalam bidang jahitan dan pembuatan pakaian lelaki sebagai tukang jahit profesional, pembantu penyelia bengkel jahitan, pembuat pakaian khas, atau usahawan dalam industri fesyen dan pakaian lelaki.

Setelah menamatkan program ini, pelajar berupaya untuk:
1) Mengaplikasikan pengetahuan asas pembuatan, jahitan dan penyeliaan pakaian lelaki mengikut standard industri.
2) Menghasilkan jaket lelaki, pakaian pengantin, pakaian istiadat dan pakaian lelaki lain dengan teknik jahitan dan kemasan yang betul.
3) Menyelia proses kerja pembuatan pakaian lelaki termasuk perancangan kerja dan kawalan kualiti.
4) Mengaplikasikan pengalaman latihan industri melalui pelaksanaan tugasan sebenar di tempat kerja bagi meningkatkan kemahiran teknikal, komunikasi, disiplin dan kefahaman terhadap amalan industri fesyen.
5) Mengamalkan profesionalisme, etika kerja, keselamatan, kesihatan dan penjagaan alam sekitar dalam semua aktiviti pembuatan pakaian lelaki.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. MEMILIK SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP DUA (SKM2) DALAM BIDANG BERKAITAN
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1 Berumur tidak kurang 19 tahun pada tahun pengambilan. Had umur pemohon adalah seperti berikut:

Umur Minimum : 19
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT UMUM
4.1 Pemohon adalah:
1. Beragama Islam.
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Antara kerjaya yang boleh diceburi adalah seperti tukang jahit pakaian lelaki, pembuat jaket/tailor lelaki, pembuat pakaian pengantin lelaki, pembuat pakaian istiadat / pakaian formal, pembantu penyelia bengkel jahitan, penyelia pembuatan pakaian lelaki (peringkat junior), usahawan jahitan dan pembuatan pakaian lelaki dan pembantu pereka fesyen pakaian lelaki.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Alamat
LOT 1363, JALAN PERKASA, TAMAN MALURI,
Negeri
Tiada Maklumat
Penyelaras
NORLIA BINTI AHMAD
Telefon
03-92830385
Emel
ikbmaiwp91@gmail.com
Laman Web
www.ikb-maiwp.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian pelajar ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan faedah-faedah seperti berikut:
1) Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan.
2) Elaun bulanan latihan industri sebanyak RM500.00 (tempoh 3 bulan).
3) Pemberian baju korporat dan baju bengkel percuma.
4) Kemudahan peralatan dan pemberian bahan latihan percuma.
5) Kemudahan asrama dan dewan makan - percuma (makan minum 5 kali sehari).
;