Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Sijil Kejuruteraan Elektrik (Tahap 3) dirangka untuk melahirkan tenaga kerja separa mahir dan mahir yang kompeten dalam bidang pemasangan, pendawaian, penyelenggaraan dan penyeliaan sistem elektrik tiga fasa selaras dengan keperluan industri pembinaan, perkilangan dan automasi bangunan. Program ini berpandukan NOSS Pemasangan dan Pendawaian Elektrik Tiga Fasa F432-005-3:2019, dengan penekanan kepada penguasaan kemahiran teknikal, pematuhan piawaian keselamatan serta amalan kerja profesional.
Sepanjang program, pelajar akan dilatih dalam penyediaan dan pentafsiran lukisan sistem elektrik tiga fasa (Three Phase Drawing), pelaksanaan pendawaian tiga fasa (Three Phase Wiring) serta penyelenggaraan sistem elektrik tiga fasa (Three Phase System Maintenance) mengikut spesifikasi teknikal dan peraturan elektrik yang berkuat kuasa. Pelajar turut didedahkan kepada pemasangan sistem motor tiga fasa (Three Phase Motor System Installation) bagi aplikasi industri dan komersial.
Program ini juga merangkumi kemahiran ujian dan pentauliahan pendawaian tiga fasa (Three Phase Wiring Testing and Commissioning) bagi memastikan sistem beroperasi dengan selamat dan cekap. Selain itu, pelajar didedahkan kepada pemasangan sistem automasi bangunan elektrik (Electrical Building Automation System Installation) serta kemahiran penyeliaan pemasangan dan penyelenggaraan elektrik (Electrical Installation & Maintenance Supervisory) yang melibatkan perancangan kerja, penyeliaan pasukan, kawalan kualiti dan pematuhan aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.
Sebagai pelengkap kepada pembelajaran berasaskan institusi, pelajar diwajibkan menjalani Latihan Industri selama tiga (3) bulan di organisasi atau industri berkaitan bagi memperoleh pengalaman kerja sebenar, meningkatkan kemahiran teknikal dan memperkukuh kebolehpasaran graduan.
Setelah menamatkan program ini, pelajar berupaya untuk:
1. Mentafsir dan menyediakan lukisan sistem elektrik tiga fasa mengikut spesifikasi dan piawaian industri.
2. Melaksanakan kerja pendawaian, pemasangan dan penyelenggaraan sistem elektrik tiga fasa secara selamat dan berkesan.
3. Memasang, menguji dan menyelenggara sistem motor elektrik tiga fasa bagi kegunaan industri.
4. Menjalankan ujian dan pentauliahan pendawaian tiga fasa bagi memastikan kefungsian dan keselamatan sistem.
5. Mengaplikasikan pemasangan asas sistem automasi bangunan elektrik mengikut keperluan projek.
6. Menyelia kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik termasuk perancangan kerja, kawalan kualiti dan pematuhan keselamatan.
7. Mengamalkan komunikasi berkesan, kerja berpasukan dan etika profesional dalam persekitaran industri.
Pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM 3) dalam bidang PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA (F432-005-3:2019) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 19
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Terdiri daripada golongan asnaf dengan pendapatan keluarga tidak melebihi had al kifayah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1) Elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan.
2) Elaun bulanan latihan industri sebanyak RM500.00 (tempoh 3 bulan).
3) Pemberian baju korporat dan baju bengkel percuma.
4) Kemudahan peralatan dan pemberian bahan latihan percuma.
5) Kemudahan asrama dan dewan makan - percuma (makan minum 5 kali sehari).