Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 ini merupakan kursus latihan kemahiran secara profesional dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik. Peserta boleh melakukan kerja-kerja pendawaian litar kawalan motor elektrik, senggaraan dan membuat pendawaian papan suis utama, senggaraan pengubah kuasa, menguji dan senggaraan sistem pencegah kebakaran, merentang kabel bawah tanah dan merentang kabel talian atas voltan rendah. Peserta juga berpotensi untuk bekerja di dalam bidang industri, building maintenance, oil & gas, solar farm dan menjadi Kontraktor Elektrik / Usahawan yang berjaya. Sesi pengambilan dan kemasukan untuk kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 (2 tahun) setiap bulan Julai.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil
Syarat Kelayakan
1. KRITERIA ASAS
1.1 Syarat-syarat AM
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

2. UMUR
2.1 Umur Calon

Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 65


Dan

3. PENDIDIKAN
3.1 Tamat Tingkatan 5

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

3.2 Mempunyai Sijil Suruhanjaya Tenaga ST - PW2/PW4

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa [EE-320-2:2012] Atau

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa [F432-005-3:2019] Atau

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019]


Dan

4. WARGANEGARA
4.1 Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. BUMIPUTERA
5.1 Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Kursus Penjaga Jentera Elektrik merupakan satu bidang professional yang popular dan sedang berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini khususnya di sektor industri. Permintaan terhadap pekerja mahir dalam bidang Penjaga Jentera Elektrik amat ketara terhadap profesion ini. Selain itu,Pelatih juga berpotensi tinggi untuk menjadi Kontraktor Selenggara Elektrik dan usahawan elektrik yang Berjaya.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Prima Tasek Gelugor
Alamat
LOT 3130, MUKIM 8
PONGSU SERIBU, KEPALA BATAS,
13200 SEBERANG PERAI UTARA
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
MOHAMED FERDOUS BIN OTHMAN
Telefon
04-5756163
Emel
gmtasekgelugor@giatmara.edu.my
Laman Web
www.giatmara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PENSIJILAN
• Sijil Professional GIATMARA / Suruhanjaya Tenaga (ST)
TEMPOH LATIHAN
• 24 Bulan
PENGAMBILAN KEMASUKAN
• Satu (1) Sesi
- Julai
ELAUN RM200 SEBULAN*
*Tertakluk pada syarat dan peruntukan
;