RANGKAIAN KOMPUTER
J619-004-4:2024,J619-003-3:2023;Diploma Kemahiran Malaysia - Rangkaian Komputer
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Rangkaian Komputer pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.
Para pelajar juga akan mempelajari mengenai pengetahuan kemahiran di dalam Perkakasan Komputer, Organisasi Komputer, Asas Rangkaian, Perkhidmatan Internet, Switching dan Routing, Rekabentuk Rangkaian, Pengurusan Pelayan dan Keselamatan Rangkaian
Para pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian sumber terbuka dalam Sistem Pengoperasian Sumber Terbuka dan Sistem Pangkalan Data. Program ini juga akan mendedahkan pelajar mengenai Keperluan Pengkomputeran, Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Rangkaian, Keusahawanan serta Rekabentuk dan Analisa Projek.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia, Lelaki / Perempuan, Lepasan SPM / STPM, berumur 15 hingga 45 tahun, Boleh menulis, membaca dan mengira
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45
Butiran Penyedia Latihan TVET
PREMIS TAMBAHAN:
BANGUNAN I-SYSTEMS, 1, JALAN USAHA JAYA, TAMAN MUARA TABUAN, 93350 KUCHING,
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.