Kursus TVET

SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (PEMESINAN CNC)

SMC 03

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA JITRA , KEDAH

Pengenalan Kursus

Kursus Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pemesinan CNC) merupakan program pendidikan dan latihan teknikal yang memberi penekanan kepada penguasaan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pemesinan berkomputer menggunakan teknologi Computer Numerical Control (CNC). Kursus ini direka bentuk bagi memenuhi keperluan industri pembuatan yang semakin berkembang dan memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam pengendalian mesin serta proses pengeluaran berasaskan teknologi moden.
Sepanjang mengikuti kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada asas dan lanjutan teknologi pemesinan CNC, termasuk lukisan kejuruteraan, metrologi, bahan kejuruteraan, proses pemotongan logam, penyediaan mesin CNC, pengaturcaraan CNC, Computer-Aided Manufacturing (CAM), penyediaan alat pemotong serta kawalan kualiti produk. Pelajar juga akan menjalani latihan amali bagi mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam menghasilkan komponen yang memenuhi spesifikasi, toleransi dan piawaian industri.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Secara keseluruhannya, kursus ini bertujuan melahirkan tenaga kerja separa profesional dan profesional teknikal yang kompeten, berkemahiran serta berdaya saing dalam sektor pembuatan dan pemesinan. Graduan berpotensi menceburi pelbagai bidang pekerjaan seperti jurumesin CNC, operator CNC, juruteknik pemesinan, programmer CNC, penyelia pengeluaran, pemeriksa kualiti serta bidang berkaitan dalam industri pembuatan dan kejuruteraan mekanikal.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Pilihan 1
Minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2
Memiliki SPM;
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA JITRA
Alamat
KM. 23, JALAN CHANGLUN,
06000 JITRA KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
HASNIWATI BT HALIM
Telefon
04-9174676
Emel
hasniwati@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;