PENYELIAAN OPERASI SUNTIKAN ACUAN PLASTIK
MC-101-3:2015;-
Pengenalan Kursus
Pelatih program ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai operasi pengendalian dan troubleshoot mesin pemprosesan produk kejuruteraan plastik (plastic engineering product) yang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan, teknikal dan aspek-aspek lain berkenaan operasi pengacuanan suntikan (operation injection moulding) melalui pendekatan amali yang semestinya lebih berkesan dan mudah dipelajari.
Pelatih akan diajar mengenal sifat resin (properties of resins), pemahaman yang lebih mendalam mengenai proses pengacuanan suntikan (injection moulding process), prosedur naik dan turun acuan serta penyelenggaraan acuan, reka bentuk produk dan kawalan kualiti (quality control) produk kejuruteraan plastik.
Pelatih juga akan diajar untuk mencari, mengesan dan menyelesaikan masalah ketika operasi proses pengacuanan suntikan. Selain itu, para pelatih akan diajar cara mendapat keyakinan yang diperlukan untuk berkomunikasi secara berkesan dan dapat menyumbang kepada proses membuat keputusan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Kelayakan Akademik
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Warganegara
Umur
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35
Syarat Tambahan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
JALAN RASAH JAYA 6/6,
Lain-lain Maklumat
- Pembiayaan pinjaman yuran latihan daripada PTPK;
- Asrama;
- Tempat pembelajaran yang kondusif;
- Memenuhi kehendak pembelajaran iaitu 30% teori dan 70% praktikal: dan
- Jaminan kerja.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.