Kursus TVET

SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI HOSPITALITI (PENYEDIAAN MAKANAN)

SHF 03

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BANDAR PENAWAR , JOHOR

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam prinsip-prinsip asas industri hospitaliti dalam bidang penyediaan makanan serta merangkumi keselamatan dan sanitasi makanan, asas jualan dan pemasaran, pembelian dan kawalan kos, penyeliaan dan pengurusan pengeluaran.
Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan dan Pembuatan Makanan adalah kursus untuk melatih pelajar menceburkan diri dalam dunia culinari. Sekiranya pelajar mengikuti kursus ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran berikut :
1. Kemahiran mengendalikan peralatan-peralatan dapur.
2. Kemahiran memasak hidangan melayu
3. Kemahiran memasak hidangan barat
4. Kemahiran memasak hidangan india
5. Kemahiran memasak hidangan cina
6. Kemahiran memasak dari hidangan pembuka selera [appetizer], sup [soup], hidangan utama [main course] dan hidangan pencuci mulut [desssert]
7. Kemahiran pengendalian makanan
8. Kemahiran pengurusan pentadbiran katering
9. Kemahiran pengurusan bujet dalam perniagaan makanan
10. Kemahiran pengurusan keselamatan dan kebersihan makanan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Bekerja sebagai Chef di Hotel 4/5 bintang / Resort, Membuka restoran sendiri Perniagaan Katering, Perunding Operasi Dapur Hotel / Hypermarket / Resort, Melibatkan diri dalam perniagaan makanan beku, Pensyarah di Pusat Latihan, Chef Selebriti dapur krew katering pengangkutan seperti kapal persiaran, kapal terbang, dan keretapi, Commis, Penyedia Makanan, Pemilik kafe, Chef, Katerer

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Pilihan 1
Minimum:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2
Memiliki SPM;
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BANDAR PENAWAR
Alamat
JALAN KEJORA UTAMA, BANDAR PENAWAR
KOTA TINGGI, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
NOORDIANA BINTI MOHAMED SALLEH
Telefon
078221567
Emel
msdiana@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;