Kursus TVET

SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN

G452-002-3:2018; SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3

HICOM UNIVERSITY COLLEGE (AKADEMI SAGA) , PAHANG

Pengenalan Kursus

Merupakan program lanjutan dari program sebelumnya iaitu Sijil Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan Tahap 2. Modul-modul yang digunakan merupakan kaedah mengenalpasti masalah sistem kenderaan lebih terperinci dan mendalam terhadap sesuatu topik. Menekankan para pelajar untuk menguasai kemahiran “Diagnostic & Trouble Shooting”.Para pelajar yang mengikuti program ini juga akan menjalankan program penyeliaan “Supervisory Skills”. Latihan selama 1 tahun akan diberikan untuk mendedahkan kepada mereka situasi sebenar serta dapat memberi gambaran yang jelas di dalam kerjaya juruteknik automotif.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
1. Berkelayakan menjadi penasihat pusat servis kenderaan 2. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia tahap 4. 3. Menjadi pengajar ataupun pegawai penilai jika mengikuti kursus TVET -i atau VTO kepada pelajar tahap 2.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Pemohon mestilah berumur:

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45

DAN
03
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Pemohon mestilah memiliki kelayakan dari salah satu program dibawah:

PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN [G452-002-2:2018] Atau

Servis Pembaikan - Kenderaan Ringan [TP-300-2:2016] Atau

Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-2:2013] Atau

Juruteknik Kenderaan Motor [TP-300-2] Atau

Mekanik Kenderaan Motor [P-115-2] Atau

Mekanik Kenderaan Motor [P-010-2]

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Pemohon mestilah:
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
HICOM UNIVERSITY COLLEGE (AKADEMI SAGA)
Alamat
KOMPLEKS AUTOMOTIF DRB-HICOM PEKAN, LOT 1449,
PT 2204 KAWASAN PERINDUSTRIAN PERAMU JAYA,
26607 PEKAN PAHANG
Negeri
PAHANG
Penyelaras
AHMAD ZHARFAN BIN ABD RAHMAN
Telefon
094242400
Emel
ak.saga@dhu.edu.my
Laman Web
www.en.dhuautomotive.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Malaysia (PTPK) disediakan bagi pelajar yang berkelayakan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;