LUKISAN PELAN SENIBINA
BC-050-3:2013;LUKISAN PELAN SENIIBINA
Pengenalan Kursus
Sijil Lukisan Pelan Senibina adalah program kemahiran di dalam penyediaan lukisan pelan senibina sesuai dengan kehendak industri masa kini. Pelajar akan didedahkan dengan teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan Seragam dan Akta-akta yang berkaitan sebagai rujukan dalam proses merekabentuk sesebuah bangunan atau binaan. Pelajar akan memperolehi kemahiran dalam menyediakan lukisan persembahan secara manual dan berkomputer serta kemahiran asas dalam merekabentuk model-model bangunan.
Program adalah untuk menghasilkan graduan dan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran di dalam bidang pengajian (sektor pembinaan) selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara. Selain itu, ia juga menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah di dalam sektor pembinaan secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat. Graduan akan memperolehi kemahiran mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Umur
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 40
Warganegara Malaysia
3M - Membaca menulis dan mengira
Tiada pendidkan formal
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
PREMIS TAMBAHAN
B1202, LEVEL 12, PHILEO DAMANSARA 2, JALAN DAMANSARA 46350 PETALING JAYA, SELANGOR
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.