Kursus TVET

GENIUS START - GERAK NIAGA USAHAWAN

NCS-014:2021

HUMEX MALAYSIA SKILLS DEVELOPMENT , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Program Pembangunan Keusahawanan (Kod: NCS-014:2021) bakal melahirkan usahawan berdaya saing yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap keusahawanan profesional. Peserta akan didedahkan dengan asas memulakan perniagaan, pengurusan perniagaan, strategi pemasaran termasuk digital marketing, pengurusan kewangan serta pembangunan rangkaian perniagaan.

Melalui pendekatan teori, praktikal dan projek sebenar, program ini membolehkan peserta menyediakan pelan perniagaan yang berdaya maju serta bersedia menceburi bidang keusahawanan. Ia sesuai untuk individu berumur 18–50 tahun yang berminat menjadi usahawan sepenuh masa dan komited mengikuti latihan intensif.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Tiada Tahap
Tempoh Pengajian
5 Hari
Prospek Kerjaya
Graduan program ini berpeluang untuk :
1. Menjadi usahawan sepenuh masa dalam pelbagai bidang (perdagangan, perkhidmatan, pertanian moden, makanan & minuman, digital).
2. Menubuhkan syarikat atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sendiri.
3. Menjadi perunding perniagaan atau jurulatih keusahawanan di agensi kerajaan, NGO atau institusi latihan.
4. Menceburi bidang e-dagang dan pemasaran digital sebagai peniaga atas talian profesional.
5. Melanjutkan pengajian atau pensijilan lanjutan dalam bidang pengurusan perniagaan, pemasaran atau inovasi keusahawanan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
WARGANEGARA
Syarat Wajib
Pemohon hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
UMUR
Syarat Wajib
Syarat umur pemohon

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 60

DAN
03
Kriteria Utama
KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Wajib
Kelayakan akademik adalah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
SYARAT TAMBAHAN
Syarat Wajib
Syarat tambahan diperlukan ialah
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
HUMEX MALAYSIA SKILLS DEVELOPMENT
Alamat
NO. 1-2, JLN SEETEE AISAH
PUSAT PERNIAGAAN WAKAF SEETEE AISAH
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ZAINISAH BINTI ABDULLAH
Telefon
0134232853
Emel
humexmalaysia@gmail.com
Laman Web
www.humexmalaysia.com

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Khidmat Sokongan Pasca Kursus merangkumi bimbingan mentor, konsultasi perniagaan, sokongan pemasaran digital, akses kepada rangkaian usahawan, maklumat pembiayaan, latihan lanjutan serta pemantauan perkembangan peserta bagi membantu mereka memulakan dan mengembangkan perniagaan secara berterusan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;