Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Pentadbiran Sistem Komputer bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berkemampuan dalam mentadbir dan menyelenggara sistem komputer dan rangkaian dalam sesebuah organisasi. Kursus ini menekankan kemahiran teknikal serta pengetahuan mendalam dalam pemasangan, konfigurasi, pentadbiran, dan penyelenggaraan sistem pengendalian (operating systems), sistem rangkaian, pelayan (servers), serta perisian keselamatan.
Pelatih juga akan didedahkan kepada teknologi semasa dalam bidang ICT, amalan terbaik industri, dan keperluan keselamatan sistem maklumat. Selain itu, kemahiran insaniah seperti penyelesaian masalah, pengurusan masa, dan komunikasi turut diterapkan sepanjang kursus bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Kursus ini dibangunkan berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS) IT-020-4:2013 dan mengandungi elemen teori serta amali secara seimbang untuk memastikan pelatih bersedia menghadapi dunia pekerjaan sebenar dalam sektor ICT.
Objektif Kursus:
Membolehkan pelatih menguasai kemahiran dalam pemasangan dan penyelenggaraan sistem komputer dan rangkaian.
Menyediakan pelatih dengan pengetahuan teknikal dalam mengurus dan mentadbir sistem pengendalian dan pelayan.
Melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan bersedia bekerja dalam sektor ICT serta keusahawanan teknologi.
Memberi pendedahan kepada pelatih terhadap keperluan keselamatan siber dan pengurusan sistem maklum
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
Atau
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Atau
Butiran Penyedia Latihan TVET
SECTION 16,
40200 SHAH ALAM SELANGOR