Kursus TVET

SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRONIK (DIPLOMA INTEGRASI)

SEEI03

ADTEC JTM KAMPUS BATU PAHAT (ADTEC BATU PAHAT) , JOHOR

Pengenalan Kursus

Program Teknologi Elektronik dibangunkan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Disamping itu, pelajar juga akan dilatih untuk membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik, membuat pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar, merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB), mengunakan PLC, sensor dan sistem hidraulik & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi kompleks, membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller, menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek/grafik dan menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekomunikasi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang Kerjaya Graduan program Teknologi Elektronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai; Technologist in Electronic Industry R & D Technician QA / QC Technician Test Technician Electronic Assembly Technician Penolong Pegawai Latihan Vokasional Lain-lain pekerjaan berkaitan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Berumur 17 hingga 35 tahun
Syarat Wajib
Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Pemohon adalah Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Persekolahan
Syarat Kemasukan Program
Syarat Pilihan 1
Calon mestilah

1. Tamat Tingkatan 5

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH
ATAU
Syarat Pilihan 2
Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Calon tidak mempunyai kurang upaya
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS BATU PAHAT (ADTEC BATU PAHAT)
Alamat
KM 8, JALAN TANJUNG LABUH,
MUKIM MINYAK BEKU,
83000 BATU PAHAT, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
PN. HJH AZLINA BINTI OTHMAN
Telefon
07-4285311
Emel
adtecbp@jtm.gov.my
Laman Web
www.adtecbp.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Diploma Integrasi merangkumi kursus Sijil Teknologi Elektronik [SEEI03] dan kursus Diploma Teknologi Elektronik [DEEI34].

Tempoh latihan Diploma Integrasi: 27 bulan (15 bulan kursus sijil dan 8 bulan kursus diploma + 4 bulan latihan industri )

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian pd peringkat sijil boleh dipertimbangkan ke peringkat diploma dengan memenuhi syarat umum dan khusus.

Kursus Sijil
• Yuran Pengajian: Percuma.
• Yuran asrama: Percuma.
• Makan Minum: Percuma
• Wang Saku RM100/bulan
• Elaun LI RM300/bulan
• Elaun OKU RM300/bulan

Kursus Diploma
• Yuran Pengajian: RM2000.
• Yuran asrama: RM411.
• Makan Minum: Percuma
• Elaun OKU RM300/bulan
• Pembiayaan PTPK disediakan bagi yang layak.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;