Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Sijil Teknologi Mekatronik
Kursus Sijil Teknologi Mekatronik merupakan program latihan kemahiran yang menggabungkan elemen mekanikal, elektronik, kawalan dan sistem automasi dalam satu bidang teknologi moden. Program ini direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu mengendalikan, menyelenggara dan membaik pulih sistem automasi industri yang digunakan secara meluas dalam sektor pembuatan masa kini.
Pelajar akan mempelajari asas dan lanjutan dalam sistem mekanikal, elektronik asas, sistem pneumatik dan hidraulik, pengawal logik boleh atur cara (Programmable Logic Controller – PLC), serta sistem robotik industri. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada penyelenggaraan mesin automasi, pendawaian elektrik asas, serta penyelesaian masalah sistem industri.
Selain itu, pelajar turut dilatih dalam aspek keselamatan industri, pembacaan lukisan teknikal, pemasangan sistem kawalan serta integrasi antara mesin dan sistem automasi. Latihan amali dijalankan secara intensif bagi memastikan pelajar mampu mengaplikasikan teknologi sebenar dalam persekitaran industri.
Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang mekatronik selaras dengan keperluan Industri 4.0 yang menekankan automasi, robotik dan sistem pengeluaran pintar.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Persekolahan
3.1 Calon mestilah

1. Tamat Tingkatan 5

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

Atau

3.2 Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Syarat Am Kemasukan
4.1 Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
27 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program Teknologi Mekatronik berpeluang menceburi kerjaya sebagai Penolong Jurutera/Juruteknik Sistem Mekatronik (Mechatronic System Assistant Engineer/Technician), Penolong Jurutera/Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Assistant Engineer/Technician), Pengaturcara Sistem Automasi (Automation System Programmer), Juruteknik Pembuatan/Pengeluaran (Manufacturing/Production Technician), Penyelia/Juruteknik Bahagian (Line Supervisor/Technicion), Penyelia/Operator Mesin (Machine Supervisor/Operator), Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Vocational Training Assistant Officer) dan lain-lain pekerjaan berkaitan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS BATU PAHAT (ADTEC BATU PAHAT)
Alamat
KM 8, JALAN TANJUNG LABUH,
MUKIM MINYAK BEKU,
83000 BATU PAHAT, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
PN. HJH AZLINA BINTI OTHMAN
Telefon
07-4285311
Emel
adtecbp@jtm.gov.my
Laman Web
www.adtecbp.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Diploma Integrasi merangkumi kursus Sijil Teknologi Mekatronik [SEME03] dan kursus Diploma Teknologi Mekatronik [DEME34].

Tempoh latihan Diploma Integrasi: 40 bulan (24 bulan kursus sijil dan 12 bulan kursus diploma + 4 bulan latihan industri)

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian pd peringkat sijil boleh dipertimbangkan ke peringkat diploma dengan memenuhi syarat umum dan khusus.

Kursus Sijil
• Yuran Pengajian: Percuma.
• Yuran asrama: Percuma.
• Makan Minum: Percuma
• Wang Saku RM100/bulan
• Elaun LI RM300/bulan
• Elaun OKU RM300/bulan

Kursus Diploma
• Yuran Pengajian: RM3000/tahun.
• Yuran asrama: RM616/tahun.
• Makan Minum: Percuma
• Elaun OKU RM300/bulan
• Pembiayaan PTPK disediakan bagi yang layak.
;