Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Melaksanakan Operasi Pengangkatan Menggunakan Kren Berantai (Crawler Crane) menerangkan kompetensi yang diperlukan untuk merancang, menyediakan, melaksanakan dan menamatkan operasi pengangkatan menggunakan kren mudah alih berantai dengan mematuhi peraturan keselamatan, spesifikasi pelan pengangkatan di tapak, serta manual operasi pengilang.
Skop kompetensi ini merangkumi konfigurasi boom, pemasangan outrigger, antara muka rigging, tetapan Rated Capacity Indicator (RCI) / Load Moment Indicator (LMI) dan Anti-Two Block (A2B), kawalan bahaya seperti keupayaan galas tanah (ground bearing), had kelajuan angin, kelegaan (clearance), serta pergerakan kren di tapak atau operasi pick-and-carry yang dibenarkan, selaras dengan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Operasi Bangunan dan Kerja-Kerja Kejuruteraan Pembinaan) (Keselamatan) 2024 [P.U.(A) 99/2024], keperluan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH), manual pengilang serta kaedah kerja (method statement) yang telah diluluskan.
Pengendali kren berantai hendaklah memiliki Sijil Kompetensi Orang Kompeten (OK) Kren Mudah Alih yang sah dan dikeluarkan oleh DOSH. Sekiranya kren dipandu di jalan raya awam, pengendali juga hendaklah memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah mengikut kelas yang berkaitan (E/E1/E2 mengikut keperluan) serta Lesen Memandu Barang (GDL), selaras dengan keperluan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Maklumat Latihan TVET
1.
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
Dan
Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
2. Pemohon sekurang-kuranya memilik lesen memandu kelas ‘L' dan keutamaan diberikan kepada pemegang lesen kelas ‘D’