Kursus TVET
Pengenalan Kursus
• Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja / bengkel dan asas bantuan kecemasan
• Menyediakan peralatan paip air
• Menyediakan dan menyenggara peralatan tangan
• Melakar laluan paip
• Pasang pelbagai jenis paip air
• Melaksanakan kerja-kerja penyambungan paip air
• Pasang injap paip air dan paip
• Pasang paip tanah dan sisa
• Memasang tangki simpanan air
Maklumat Latihan TVET
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 1 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. • Sihat tubuh badan • Boleh membaca, menulis dan mengira • Tamat Tingkatan 3 • Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan • Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi Program Personel Binaan
1.1 • Sihat tubuh badan
• Boleh membaca, menulis dan mengira
• Tamat Tingkatan 3
• Berumur 18–55 tahun bagi Program Personel Binaan
• Memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang masih sah
dan 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan bagi
Program Personel Binaan
Tempoh Pengajian
5 Hari
Prospek Kerjaya
Bidang Tukang Paip A1 mempunyai prospek kerjaya yang baik kerana kerja perpaipan diperlukan dalam hampir semua jenis bangunan seperti rumah kediaman, bangunan komersial, kilang, sekolah, hospital, hotel, projek kerajaan dan kerja penyelenggaraan fasiliti. Kursus Perpaipan A1 juga disenaraikan dalam program latihan kemahiran industri pembinaan di bawah ekosistem ABM/CIDB, yang memberi nilai tambah dari segi pengiktirafan kemahiran.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Nama Institusi
ABM WILAYAH TENGAH
Alamat
LOT 8, JALAN CHAN SOW LIN, KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
Hasmawati Hasnan
Telefon
03-9200 2008
Emel
hasmawati@cidbabm.com.my
Laman Web
akademibinaan.com.my
Lain-lain Maklumat
Lain-lain Maklumat Berkaitan
Tukang Paip A1 mempunyai prospek kerjaya yang baik dan praktikal. Bidang ini sesuai untuk pelatih yang berminat dengan kerja teknikal, kerja tangan, penyelesaian masalah dan peluang bekerja sendiri. Dengan latihan yang betul, pengalaman tapak dan pensijilan berkaitan, lepasan kursus ini boleh berkembang daripada pembantu tukang paip kepada tukang paip mahir, penyelia, teknisyen penyelenggaraan atau kontraktor perpaipan sendiri.