Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Sistem Air Conditioning and Mechanical Ventilation (Residential And Light Commercial) atau ACMV merupakan sistem penyaman udara yang sesuai dipasang di industri kecil, komersial atau di rumah.

Sistem penyaman udara ini merujuk kepada peralatan, sistem dan mekanisma yang direka bentuk untuk menstabilkan suhu udara dan persekitaran sesuati kawasan. Ini bertujuan untuk melahirkan suasana yang kondusif serta keselesaan kepada pengguna.

Atas sebab ini, permintaan juruteknik penyaman udara yang mahir, berpengetahuan dan pengalaman ditekankan. Kerjaya sebagai seorang juruteknik penyaman udara mempunyai prospek yang luas untuk meningkatkan kerjaya mereka.

Antara operasi kerja juruteknik penyaman udara ialah menyelenggara sistem penyaman udara, membaikpulih kerosakan kecil pada sistem penyaman udara, memasang dan membuka sistem penyaman udara dan melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik penyaman udara.

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelatih mengenai sistem penyaman udara komersil, aspek-aspek amalan keselamatan dan etika kerja semasa berkerja, penggunaan alat-alatan pengujian dan penyelenggaraan yang berkaitan, fabrikasi dan penyambungan paip dan logam.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. AKADEMIK
1.1 Pemohon mestilah sekurang-kurangnya:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai PMR Dari
Minimum CGPA : 0.00


Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT AM
4.1 Pemohon mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

5. TEMUDUGA
5.1 Pemohon mesti menghadiri sesi temuduga
1. Lulus Temuduga

Tempoh Pengajian
4 Bulan
Prospek Kerjaya
Sektor pembinaan Malaysia dijangka berkembang antara 8% hingga 10% pada tahun 2016 berdasarkan jumlah projek yang dilaksanakan. Pertumbuhan ini dipacu oleh projek-projek infrastruktur kerajaan yang membantu memastikan sektor pembinaan tempatan terus berkembang secara konsisten. Perkembangan ini bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi negara, malah turut memberi manfaat kepada rakyat melalui peluang pekerjaan dalam industri pembinaan.

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, sistem ACMV lama dilihat kurang cekap berbanding sistem moden yang terdapat di pasaran hari ini. Sistem lama biasanya memerlukan kos operasi yang lebih tinggi, kurang memberi keselesaan kepada pengguna dan memberi kesan yang lebih besar kepada alam sekitar. Oleh itu, ramai pengguna kini mula beralih kepada sistem HVAC yang lebih baharu bagi menyokong konsep hijau, menjimatkan kos serta meningkatkan tahap keselesaan di rumah dan tempat kerja.

Selain itu, pengguna juga semakin memahami kepentingan penyelenggaraan sistem ACMV secara berkala kerana ia dapat memberi manfaat dalam jangka masa panjang. Dengan jangkaan peningkatan pemasangan dan penyelenggaraan sistem ini, permintaan terhadap personel ACMV dijangka semakin meningkat. Secara tidak langsung, pasaran kerja yang berkaitan dengan bidang ACMV juga akan terus berkembang dalam industri pembinaan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ABM WILAYAH TENGAH
Alamat
LOT 8, JALAN CHAN SOW LIN, KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
Hasmawati Hasnan
Telefon
03-9200 2008
Emel
hasmawati@cidbabm.com.my
Laman Web
akademibinaan.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Sila rujuk portal Akademi Binaan Malaysia untuk maklumat Lanjut (www.akademibinaanmalaysia.com.my)
;