Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Operasi Track Dozer Tahap 2 diperkenalkan bagi memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelatih dalam pengendalian jentera track dozer secara selamat, cekap dan mengikut prosedur operasi yang ditetapkan. Kursus ini menekankan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, amalan kerja selamat di tapak serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan pelatih mampu melaksanakan tugasan dalam persekitaran kerja yang terkawal dan selamat.
Sepanjang kursus ini, pelatih akan dilatih untuk melaksanakan kerja-kerja operasi track dozer seperti menyodok, mengumpil/win, membuat parit, mengambus balik, membersih tanah, menyodok cerun dan meratakan tanah. Pelatih juga akan didedahkan kepada prosedur penyenggaraan harian berdasarkan manual operasi bagi memastikan jentera berada dalam keadaan baik, selamat digunakan dan dapat berfungsi dengan optimum.
Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada keupayaan mengenal pasti keadaan berbahaya di tapak kerja seperti halangan di bahagian atas dan saluran bawah tanah. Di akhir kursus, pelatih diharapkan mampu mengendalikan track dozer dengan yakin, mematuhi arahan keselamatan serta melaksanakan tugasan operasi mengikut manual, prosedur kerja dan piawaian yang ditetapkan.
Maklumat Latihan TVET
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | E |
Atau
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
2. Pemohon sekurang-kuranya memilik lesen memandu kelas ‘L' dan keutamaan diberikan kepada pemegang lesen kelas ‘D’