Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Chargeman A4 direka untuk membangunkan kompetensi individu dalam mengendalikan, mengawal selia, memeriksa, menguji dan menyelenggara pepasangan elektrik voltan rendah tiga fasa mengikut keperluan perundangan, standard teknikal dan amalan kerja selamat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Skop kursus ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran berkaitan sistem bekalan elektrik voltan rendah tiga fasa, pengendalian papan suis utama dan sub-papan suis, perlindungan sistem elektrik, motor elektrik, pengujian pepasangan, penyelenggaraan pencegahan dan pembaikan, pengesanan kerosakan (troubleshooting), kawalan tenaga elektrik serta prosedur pengasingan dan penyambungan semula bekalan elektrik secara selamat.
Kursus ini turut memberi penekanan kepada pematuhan terhadap Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, keperluan Suruhanjaya Tenaga (ST), piawaian teknikal yang berkaitan serta keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkuat kuasa.
Pemegang Sijil Kecekapan Chargeman A4 yang sah bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menyelia pepasangan elektrik voltan rendah tiga fasa dalam had kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Mereka hendaklah memastikan semua aktiviti operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan dilaksanakan secara sistematik, selamat dan mematuhi kehendak perundangan serta spesifikasi teknikal yang berkaitan.
Maklumat Latihan TVET
1.
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
2. Menduduki peperiksaan spm atau setaraf dengannya