Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Chargeman L1 & L3 (Papan Suis Utama Voltan Rendah, Peralatan Bantu dan Stesen Janakuasa) direka untuk membangunkan kompetensi individu dalam mengendalikan, mengawasi, memeriksa serta menyelenggara pepasangan elektrik voltan rendah yang merangkumi sistem papan suis utama (Main Switchboard), peralatan sokongan (auxiliaries) serta sistem penjanaan elektrik (generating stations) mengikut keperluan perundangan, standard teknikal dan amalan kerja selamat.

Skop kursus ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengendalian sistem bekalan elektrik voltan rendah, konfigurasi dan operasi papan suis utama, sistem perlindungan dan kawalan, pengendalian peralatan bantu seperti sistem pengudaraan, pam, bateri, pengecas bateri dan sistem automasi asas, serta operasi dan penyelarasan stesen janakuasa termasuk penjana elektrik (genset), sistem pensuisan automatik (ATS) dan penyegerakan asas (jika berkaitan).

Kursus ini juga memberi penekanan kepada aktiviti pemeriksaan, pengujian, penyelenggaraan pencegahan dan pembaikan, pengesanan kerosakan (troubleshooting), serta pelaksanaan prosedur pengasingan dan penyambungan semula bekalan elektrik secara selamat. Aspek keselamatan turut merangkumi kawalan risiko elektrik, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) serta pematuhan terhadap prosedur kerja selamat di tapak.

Pelaksanaan kursus ini hendaklah mematuhi Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, keperluan Suruhanjaya Tenaga (ST), serta standard dan prosedur keselamatan yang berkuat kuasa.

Pemegang kompetensi Chargeman L1 & L3 bertanggungjawab untuk memastikan semua kerja pengendalian, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem elektrik dilaksanakan secara selamat, cekap dan mengikut had kompetensi yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Tenaga serta organisasi majikan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Tiada Tahap
Syarat Kelayakan
1. AKADEMIK
1.1

1.

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT AM
4.1 Pemohon mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

5. Pemohon mestilah :
5.1 Pemohon mesti :
1. Menghadiri dan lulus temuduga
2. Menduduki peperiksaan spm atau setaraf dengannya

Tempoh Pengajian
15 Bulan
Prospek Kerjaya
-

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ABM WILAYAH SELATAN
Alamat
LOT 2067, BATU 3, JALAN TAMPOI, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM
Negeri
JOHOR
Penyelaras
Mohd Zaidi Bin Rahmat
Telefon
07-238 8152
Emel
zaidirahmat@cidbabm.com.my
Laman Web
akademibinaan.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang akademibinaan.com.my
;