Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Operator Kren Menara (Tower Crane Operator) Tahap 2 menerangkan kompetensi yang diperlukan untuk menyediakan, mengendalikan dan menamatkan operasi pengangkatan menggunakan kren menara di tapak pembinaan dengan mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, spesifikasi pelan pengangkatan, prosedur operasi standard serta manual pengilang.
Skop kursus ini merangkumi pemeriksaan pra-operasi kren menara, pengenalpastian komponen dan fungsi utama kren, pengendalian sistem hoisting, trolley dan slewing, pemantauan peranti keselamatan, komunikasi dengan signalman dan rigger, serta pengendalian beban mengikut had kapasiti yang ditetapkan. Kursus ini turut menekankan aspek kawalan risiko, pengurusan bahaya di tapak pembinaan, pematuhan kepada pelan pengangkatan serta prosedur tindak balas kecemasan semasa operasi kren menara.
Semua aktiviti pengendalian kren menara hendaklah dilaksanakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Operasi Bangunan dan Kerja-Kerja Kejuruteraan Pembinaan) (Keselamatan) 2024 [P.U.(A) 99/2024], keperluan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH), manual operasi pengilang serta keperluan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak majikan dan pengurusan tapak.
Pengendali kren menara hendaklah memiliki Sijil Kompetensi Orang Kompeten (OK) yang sah yang diiktiraf oleh JKKP/DOSH bagi kategori kren yang berkaitan serta memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Maklumat Latihan TVET
| Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
|---|---|---|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU | Pilihan | Lain-lain | E |
Atau
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan