Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Sepanjang kursus ini, para peserta akan memperoleh pemahaman yang menyeluruh mengenai aspek keselamatan kimpalan FCAW serta proses FCAW. Ini termasuk penguasaan pengetahuan dan teknik Kimpalan Arka Berteras Fluks (Flux Cored Arc Welding, FCAW), sama ada menggunakan perlindungan sendiri (self-shielded) atau perlindungan gas (gas-shielded), sumber kuasa dan kekutuban, prinsip operasi, teknik kimpalan, mod pemindahan logam pengisi, pengenalpastian dan penggunaan logam pengisi, kimpalan mengikut kod piawaian, serta penyelenggaraan peralatan FCAW.
• Pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja/bengkel serta asas pertolongan cemas.
• Keselamatan kimpalan arka.
• Proses Kimpalan Arka Berteras Fluks (FCAW).
• Latihan menggunakan simulator kimpalan.
• Bahan guna habis kimpalan.
• Kecacatan kimpalan, tegasan baki dan herotan.
• Istilah dan definisi kimpalan.
• Spesifikasi Prosedur Kimpalan (WPS) / kelayakan jurukimpal.
• Simbol kimpalan.
During the course, candidates will gain a comprehensive understanding of FCAW welding safety and the FCAW process. This includes acquiring the knowledge and techniques of Flux Cored Arc Welding (FCAW), both self-shielded and gas-shielded, as well as power sources and polarities, principles of operation, welding techniques, modes of filler metal transfer, filler metal identification and usage, code welding, and the maintenance of FCAW equipment.
• Introduction to workplace/workshop safety and health practices, including basic first aid.
• Arc welding safety.
• Flux Cored Arc Welding (FCAW) process.
• Welding simulator training.
• Welding consumables.
• Welding imperfections, residual stress, and distortion.
• Welding terminology and definitions.
• Welding Procedure Specification (WPS) and welder qualification.
• Welding symbols.